Sunday, February 22, 2009

MUFTI BETUL!

Assalamualaikum,



KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan.

Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu. - Bernama



Mufti betul. Bukan dia cakap kosong, tapi ada sandaran hadis.

Cuma yang juga tergolong dalam kumpulan biadap, mencela dan menderhaka ialah:


1. Nabi Musa 'alaihissalam kerana melawan fir'aun

2. Saiyidina Hussein, cucunda Rasulullah s.a.w. yang berarak melawan khalifah Yazid. Cuma ulama dari dulu, kini dan selamanya memfatwakan Saiyidina Hessein mati syahid. Mungkin mufti lebih tinggi maqamnya dalam hal ini.

3. Imam Ahmad Bin Hambal, yang melawan pemerintah, kerana ideologi negara mengatakan Qur'an itu baharu, Imam Ahmad mempertahankan Qur'an itu qadim.


Anda rasa siapa yang biadap, mencela dan menderhaka?