Friday, February 27, 2009

KATA KETUA MOBSTER......

Assalamualaikum,


Kata ketua mobster yang mengepung, menghina, mencerca, menista, mengasari serta memperlakukan tindakan fizikal terhadap Karpal Singh bahawa mereka sanggup mati kerana Melayu dan kerana UMNO.


Tidak ada mati yang paling mulia dan dicari cari di sisi Allah melainkan mati syahid. Tidak ada gunanya kalau berani mati tetapi mati berlumba motosikal. Tidak ada gunanya kalau berani mati tetapi kerana mempertahankan ideologi bernama nasionalisme. Tidak ada gunanya kalau mati kerana pertahankan bangsa, sekiranya ideologi yang dijaja oleh bangsa tersebut melawan perintah Allah. Tidak ada gunanya mati kerana mempertahankan parti, sekiranya parti tersebut ingkar akan Allah.


Tetapi kalau mahu mati juga kerana Melayu dan UMNO walau apa pun yang dilakukan oleh Melayu dan UMNO tersebut, mati tersebut ada juga standard. Sebab ada termaktub dalam peribahasa.


Mati katak.