Saturday, February 28, 2009

RAKYAT TOLAK POLITIK GANGSTER

Assalamualaikum,


UMNO Selangor menyokong penuh tindakan gangster pemuda mereka yang mengkasari dan kurang hajar kepada Karpal Singh. Pada pendapat mereka, tindakan tersebut berpatutan dan boleh diterima, kerana perasaan UMNO terguris.


Dalam pada itu mereka cuba mengkaitkan isu tersebut dengan orang Melayu. Kononnya hati orang Melayu terguris, dan berasa pedih. Ada juga blog pengampu UMNO yang pergi lebih jauh dengan mengatakan bahawa Karpal Singh menghina orang Melayu dan Islam.


Kepada puak ini, walau di mana pun ada letakkan tindakan tersebut, ia tetap merupakan tindakan salah dari segi undang undang dan bersifat ganas, kurang ajar dan teroris. Kalau anda boleh menerima perlakuan ganas seperti ini, maka tidak hairanlah anda berasa tidak durhaka kalau anda menculik dan melarikan puteri istana.


Anda juga tidak ada rasa bersalah kalau ditangkap dengan berkilo kilo wang tunai yang tidak diketahui dari mana sumbernya. Anda juga tidak lihat ia sebagai bersalah kalau merompak khazanah negara, kerana sumber undang undang yang digunakan ialah belantara.

Sebab itulah persepsi rakyat terhadap anda adalah seperti di bawah: