Difahamkan Lembaga Disiplin mungkin akan mencadangkan agar Mohd. Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO digantung keahlian setahun atau tiga tahun.
Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar pukul 4 petang esok di ibu pejabat UMNO di sini selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun Mohd. Ali yang ditemui pemberita pada majlis pertemuan calon Majlis Tertinggi (MT) dan perwakilan di Hotel Bluewave, Shah Alam malam ini, tetap enggan mengulas perkara tersebut. [utusan malaysiaonline]
Gantung perkara biasalah. Calon kena gantung. ADUN kena gantung. Ahli Parlimen kena gantung. Itu perkara biasa. Macam rasuah dalam UMNO.
Tapi walau kena gantung, mereka tidak mati.