Wednesday, March 18, 2009

PENGLIPUR LARA DARI MELAKA

Assalamualaikum,


Kata yang ampunya ceritera, ada dua batu yang terendam di Melaka. Satu kekal terendam, maka dinamai Batu Berendam. Satu diambil bagi memahat batu di tangga. Maka dinamai Tangga Batu. Alkisah di Batu Berendam terdapat banyak kilang.

Manager manager kilang ini datang dari negeri omputih. Tetapi satu mamat suka datang ke kilang kilang ini. Setiap kali mamat ni datang, omputih tu kena sumbat poket mamat ni dengan uang.

Kalau ada mesyuarat besau, mamat ni datang. Omputih sumbat lagi. Kalau ada pilihanraya mamat ni datang. Omputih kena sumbat lagi poket mamat ni.


Cerita mamat ni semua kilang satu Melaka tahu. Bukan sahaja kilang yang tahu, tukang sapu di kilang pun tahu. Jadi bahan bual orang Melaka. Mamat ni bukan sebarang mamat. Dia bawah sikit daripada sultan. Tetapi sebab sultan Melaka belum ditabal, maka mamat ni kira kiranya raja la.

Tapi sehari dua hari ni, mamat ni tak nampak nampak menjenguk di kilang kilang.

Now you know the rest of the story.........