Saya terbaca hari ini Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Noh Omar berkata UMNO masih releven kepada orang Melayu dan mampu memperjuangkan hak Melayu.
Apa yang ingin saya tarik perhatian ialah Kelab UMNO luar negara. Ramai diantara pelajar Melayu di luar negara yang menjadi ahli kelab kelab ini, dan kelab kelab ini bersifat politikal. Apa yang saya musykilkan ialah, setiap kali pemimpin UMNO bercakap dengan pelajar, mereka akan mengingatkan pelajar jangan terlibat dengan politik. Malah Akta Universiti dan Kolej Universiti ti sendiri dengan jelas melarang pelajar berpolitik, tetapi kelab kelab ini memang menjadi satellite bagi UMNO untuk menjadikan para pelajar sebagai tenaga politik mereka. Kalau sekiranya parti pembangkang melakukan perkara yang sama, maka pembangkang akan dilabel sebagai menghasut pelajar.
Di universiti-universiti dalam negara, bahagian Hal Ehwal Pelajar adalah cawangan UMNO dalam kampus. Secara terbuka pegawai-pegawai tinggi universiti akan menggertak pelajar agar jangan terlibat dengan politik, tetapi dibalik tabir, pelajar-pelajar di mobilise untuk membantu jentera UMNO.
Pilihan raya kecil Ijok, melihat keterlibatan para pelajar secara terang terangan sebagai jentera UMNO bagi memastikan kekalahan memihak kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, dan beliau memang kalah dalam pusingan tersebut.
Dalam pilihanraya umum 2008, keluar gambar di media seorang naib cancelor IPTA yang sama tumbas dalam jentera pilihan raya UMNO. Dan kemasukan pelajar-pelajar baru bagi sesi 2008/2009 ini juga nanti kita akan saksikan gertakan demi gertakan kepada pelajar agar jangan terlibat dengan politik, maksudnya politik pembangkang. Kalau sokong UMNO bisa saja.
Sampai bilakah double standard ini hendak mereka lakonkan?