Thursday, May 29, 2008

RASULULLAH AJAR BICARAKAN YANG DITUDUH

Assalamualaikum,

Dalam post saya yang terdahulu, saya telah buat satu kaitan antara akta zalim yang dikenali sebagai ISA dengan satu pengajaran dalam Islam yang diambil daripada peristiwa perang Khandaq di zaman Rasulullah (sila lihat post yang terdahulu). Apa yng diajar oleh Islam ialah kalau ada pihak yang membuat pertuduhan, maka pihak yang kena tuduh itu hendaklah dibicarakan. Kalau sesiapa sahaja mengambil pendekatan dengan tidak melakukan perbicaraan, maka pendekatan itu adalah salah dab batil, bertentangan dengan Islam serta berdosa.
Dalam sidang Dewan Undangan Selangor yang baru lepas, kerajaan negeri Selangor telah mengambil ketetapan untuk mendesak agar ISA dihapuskan. Laporan yang didapati ialah ahli dewan dari BN telah bertindak keluar dewan untuk menunjukkan sikap tidak setuju mereka dengan ketetapan dewan tersebut.
Sekiranya ada diantara ahli dewan dari BN tersebut dari kalangan orang Islam, maka dengan sendirinya mereka telah dengan sengaja memilih untuk menolak cara yang telah ditunjukkan oleh Islam dalam menangani perkara ini. Mereka dengan sengaja tidak mau mengambil kira langsung peraturan yang telah ditentukan oleh Islam. Oleh itu, kalau sekiranya kerajaan negeri Selangor mengharamkan Islam Hadhari, maka itu adalah satu langkah yang tepat. Kerana dalam Islam Hadhari lah kita akan dapati kezaliman ISA itu dibenarkan dan pupuk, sementara Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.a.w. tidak membenarkan perkara tersebut. Dengan itu langkah tidak menerima Islam Hadhari adalah tepat.
Selagi ada orang yang mempertahankan ISA, selagi itulah mereka memakai label zalim didahi mereka.