Wednesday, May 28, 2008

LIDAH UMNO ZIKIRNYA "ANGKUH", "SOMBONG"

Assalamualaikum,

Apabila kerajaan negeri Selangor mengeluarkan arahan mengharamkan aktiviti yang berkaitan dengan Islam hadhari, maka melatahlah seluruh kerabat UMNO, dari yang paling besar sampai yang paling halus. Sebabnya ialah apabila perkara ini dilontarkan kepada masyarakat, maka dengan sendirinya masyarakat akan diasuh untuk berfikiran kritikal: Islam hadhari ni betulke salah? Itulah yang ditakuti oleh UMNO, iaitu keupayaan masyarakat menilai sesuatu perkara itu secara kritikal, dan kalau tidak betul, tolak perkara tersebut. Ini adalah berlawanan dengan budaya UMNO, iaitu terima sahaja apa yang ketua mereka kata.
Maka ketua pembangkang dalam DUN Selangor pun dengan penuh keceluparan menghamburkan celaan kepada arahan kerajaan negeri Selangor ini dengan mengatakan bahawa kerajaan PR ini adalah sombong dan angkuh. Kalau anda ingat sepanjang perjalanan politik Malaysia moden, inilah kata-kata yang sering dihamburkan oleh UMNO kepada lawan politik mereka apabila berhadapan dengan isu yang mereka tidak mampu berhujah balas. Kata-kata ini telah menjadi zikir kepada UMNO, samada pemimpin mereka, atau saluran media mereka. Seolah-olah, akhlak mereka yang tidak sehaluan dengan mereka najis sekali, dan akhlak mereka tercomel sekali.
Tetapi kita tahu, siapakah sebenarnya yang sombong dan angkuh. Ambil saja conoh terkini, apakah reaksi setiausaha BN apabila nama beliau terpalit dalam siasatan pita Lingam? Jadi, siapakah yang sombong, dan siapakah yang angkuh?