Thursday, May 29, 2008

GELABAH BESAR TERUS MELANDA

Assalamualaikum,

Apabila kerajaan Selangor membuat arahan supaya menghentikan aktiviti yang berkaitan dengan Islam Hadhari, maka seluruh kerabat BN terutamnay UMNO gelabah tak habis. Mereka benar-benar berada dalam keadaan defensif, kerana dengan satu lakaran pena sahaja apa yang mereka usahakan selama ini untuk kononya cuba membawa kemajuan kepada Islam itu menjadi musnah.
Yang paling berkesan sekali daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor ialah menimbulkan ragu di kalangan penyokong setia BN dan UMNO: Islam hadhari tu betul ke? Kalau soalan ini ditanya oleh lawan BN/UMNO, ia tidak menjadi kehairanan, tetapi kalau orang kampung, dan mereka yang bersembang dikedai kedai kopi mula meragui konsep ini, maka dengan sendirinya itu adalah petanda petaka kepada BN/UMNO. Dengan itu mulalah pemimpin BN/UMNO berkata Hassan Ali tak faham Islam Hadhari. Tetapi sebelum pilihanraya dulu, saya pernah lihat PM keluar dikaca tv sambil menyatakan kekecewaannya mengenai ramainya penyokong BN/UMNO yang masih lagi tidak faham Islam hadhari. Kalau kerabat mereka sendiri tak faham, macam mana rakyat jelata dapat faham?
Langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor dengan sendirinya menjadikan penonjolan UMNO sebagai peneraju pemodenan Islam di Malaysia sebagai suatu usaha bersifat kebadutan. Bagaimana dipromosikan pun gambar PM mengimamkan solat, namun kesangsian rakyat kepada UMNO sebagai pembawa panji-panji Islam terus tersemat dan menyubur.
Rakyat setuju Islam hadhari itu tidak betul.