Lanjutan daripada kekalahan Malaysia dalam tuntutannya ke atas Pulua Batu Putin baru-baru ini, timbul kesedaran di negara ini untuk menunjukkan ketuanan Malaysia dan kedualatannya terahadap pulau-pulau yang bertaburan sepanjang pesisiran Malaysia. Saya rasa kesedaran ini baik dan penting, kerana implikasi yang pelbagai boleh timbul sekiranya usaha ini tidak dilakukan segera.
Kelalaian kerajaan yang memerintah selama ini telah menyebabkan kita kehilangan kedaulatan keatas satu kawasan yang luas kepada Singapura, dan bukankan kita mengigit jari nanti sekiranya pada kawasan yang sekarang ini telah menjadi milik Singapura terkandung khazanah bumi atau karun yang tinggi nilainya?
Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi, maka usaha untuk memacakkan kedualatan Malaysia di kawasan yang sememangnya milik Malaysia hendaklah disokong. Selama ini Malaysia telah memandang remeh perkara ini. Bukan sahaja pada pulau-pulau yang perlu kita pacakkan kedaulatan Malaysia, tetapi apa jua entiti kedaulatan perlu dikira, sama batu, terumbu atau pentas laut.
Itulah sebenarnya tugas komando dan segala jentera keselamatan kita, jaga negara, jaga kedaultan negara, bukan mendera orang awam.