Membaca ruang tulisan Pak Matlob dalam Utusan Melayu 19 mei 2008 berkenaan dengan tulisan jawi , beliau menulis tentang Dato' Dr. Abdul Malik Munib, kenalan lama saya dan bekas pensyarah U Malaya, iaitu salah seorang pembentang kertas kerja dalam Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Bharu awal Mei lalu yang menulis notanya dalam tulisan jawi. Saya kenal pembentang tersebut dan memang beliau sentiasa menggunakan tulisan jawi.
Apa yang ingin saya tarik perhatian di sini ialah beberapa bulan yang lepas saya telah membeli senaskhah Al Qur'an mushaf Terjemah Lafziah Arab Melayu yang diterbitkan oleh Farmasumatra, Bandung, Indonesia. Al Qur'an tersebut adalah tulisan tangan yang kemudiannya dicetak dengan pengenalan sebagai diterjemah secara lafziyyah dengan tulisan Melayu.
Yang mencuit hati saya ialah kata pengantar mushaf tersebut. Di sini saya perturunkan:
Bismillahirrahmanirrahim;
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. Kami bersyukur dan berbangga hati dengan terbitnya terjemah AlQur'an secara lafziyyah dan diterjemahkan sekata demi sekata , se kalimat demi se kelimat serta dilengkapi dengan tanda baca yang akan memudahkan bagi anda yang ingin belajar membacanya.
Terjemahan kami tulis dengan tulisan Melayu. Tulisan Melayu milik orang Melayu yang sempurna termasuk bangsa Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam. Dahulu tulisan Melayu diajarkan di sekolah rakyat, sekarang sekolah dasar. Lulusannya sudah dapat membaca AlQur'an. Oleh kerana itu kami menghimbau alangkah baiknya bila di dalam kurikulum sekolah dasar dicauntumkan lagi pelajaran baca tulis huruf Arab Melayu. Kita harus berbangga hati bahawa bangsa Indonesia memiliki tulisan yang khas iaitu tulisanArab Melayu sejajar dengan bangsa bangsa lainya: Bangsa Jepang dengan tulisan Jepangnya; bangsa China dengan tulisan Chinanya; bangsa Arab dengan tulisan Arabnya; bangsa Eropah dengan tulisan Latinnya; dan lain sebagainya.
Dengan terciptanya buku ini direksi mengucapkan terima kasih kepada setiap pembantu diantaranya drs Damanhuri yang telah meneliti dan bapak Zubir Zakariah sebagai sponsor.
Akhirulkalam, mudah mudahan kitab ini bermenafaat bagi umat Islam khususnya dan para pembaca pada umumnya. Tegur sapa sangat kami harapkan. Amin, Ya Rabbal Alamin.
Tulisan jawi, memang tulisan orang Melayu yang mendakatkan mereka kepada Islam. Mengapa orang Melayu membuangnya?
Penerbit Firma sumatra, Bandung