kalau anda memandu dari Muar ke Alor Gajah, anda akan temui satu lebuh raya baru yang menghubungkan dua bandar ini. Tentunya ia merentasi Melaka, tetapi tidak masuk ke pusat bandar. Hari ini saya berpeluang memandu menggunakan lebuh raya ini. Waduh, keluh saya.
mMnakan tidak. Bagaimana warga Melaka boleh merestui lebuhraya ini saya pun kurang faham. Saya memasuki lebuhraya tersebut dari Kandang, dan keluar melalui susur ke Pulau Gadong. Sepanjang perjalanan yang tidak seberapa jauh itu, saya terpaksa menempuh sekian banyaknya lampu isyarat yang memaksa kenderaan berhenti. Kalau beginilah keadaannya, berapakah jumlah lampu isyarat yang terpaksa ditempuh oleh seorang pemandu yang memandu dari muar ke Alor Gajah. Kalau sekiranya anda terpaksa berhenti di 10 lampu isyarat, dan pada setiap lampu isyarat tersebut anda perlu berhenti selama 8 minit, maka di sini sahaja anda telah menghabiskan 80 minit. Dan jumlah lampu isyarat yang ada di sepanjang laluan ini bukannya 10, tetapi lebih daripada itu pada perkiraan saya.
Jelas lebuh raya ini bukan menyelesaikan masalah lalulintas di Melaka, tetapi akhirnya nanti ia akan menjadi penyumbang besar kepada kesesakan lalulintas di Melaka pada masa yang tidak begitu lama lagi. Kenapa warga Melaka boleh menerima pembangunan yang jelas menunjukkan suatu kedangkalan perancangan dan perlaksanaan. Atau memang warga Melaka terdiri daripada spesis yang seperti pangolin, apabila ia diketuk, maka ia akan menggulung diri sendiri dan membiarkan walau apa pun yang berlaku di sekelilingnya?
Yang jelas ialah, pada pengamatan saya lebuh raya ini adalah satu engineering flop. Ia juga satu planning flop. Dan orang Melaka memang tidak mampu untuk flip perkara yang flop itu.