Wednesday, August 6, 2008

DAPAT KE ANWAR BERTANDING

Assalamualaikum,
Walaupun akan dihadapkan ke mahkamah esok, tetapi saya percaya DSAI akan bertanding di pilihan raya kecil Permatang Pauh. Apabila tarikh penamaan calon diumumkan pada 16 Ogos dan hari pembuangan undi pada 26 Ogos, saya rasa tarikh-tarikh tersebut akan memberi ruang kepada beliau untuk bertanding.
Sekiranya esok dia direman dan ditangkap serta tidak boleh dilepas dan tidak boleh dijamin, maka ini akan menjadikan Malaysia sangat hodoh di mata dunia, sama hodohnya dengan Zimbabwe dan Kenya. Tetapi kemungkinan berlakunya perkara yang saya sebutkan di atas tetap ada. Cuma, pada tilik saya, unsur shrewdness itu tidak ada. Ini satu satunya ruang yang akan memberikan nafas kepada DSAI.
Kalau tetap juga ia dihalang daripada bertanding, mungkin demokrasi telah dikuburkan di Malaysia.
Sama sama kita saksikan perkembangan esok.