Tuesday, August 5, 2008

HOKI YANG REDUM

Assalamualaikum,

mereka yang mencintai skan hoki telah pun bersuara dan menghantar memorandum kepada pihak yang bertanggung jawab untuk menyatakan rasa kecewa mereka terhadap tahap mutu sukan tersebut yang semakin meredum. Saya rasa kita perlu bersimpati dengan orang hoki ni. Dulu dalam tahun 70an, malaysia adalah salah satu daripada powerhouse sukan hoki, dan sepatutnya prestasi sukan tersebut semakin lama semakin meningkat,tetapi ini tidak. Prestasinya semakin lama semakin meredum. Bagaimana lah perasaan mereka yang mencintai sukan ini tidak remuk dan redam, apabila setiap kejohanan yang dimasuki pasukan kita dibelasah. bukan dikalahkan. Dan nampaknya, semacam tidak ada usaha untuk melonjakkan prestasi sukan ini semula.

Tetapi sebenarnya, bukan hoki sahaja yang meredum prestasinya, tetapi sukan sukan lain juga terlibat sama. Lihat apa yang berlaku dalam mutu bolasepak Malaysia diperingkat antarabangsa. Redum. Lihat Takraw. Redum. Lihat itu redum. lihat ini, redum. Jadi cocoklah pencinta hoki menghantar memorandum supaya kegelosoran ini dapat dibrek kan.

Saya rasa puncanya ialah apabila mereka yang bukan ahli dilantik memegang jawatan penting dalam persatuan, maka itulah jadinya. Ahli politik UMNO/BN janganlah pegang jawatan penting dalam mana-mana persatuan sukan, buat menjahanamkan mutu sukan sahaja. Kalau kamu nak berpolitik, masuklah medan politik. Kalau nak bersukan, masuklah medan sukan. Jangan gunakan kedudukan politik untuk menentukan perjalanan sukan. Itulah jadinya. Mutu sukan negara redum jadinya.

Kalau yang bertahta, teruskan bertahta,tak perlu bertatih di padang sukan.