Sunday, August 3, 2008

MENGELAK BERLAKUNYA SINDROM HILLARY RODHAM CLINTON DI PERMATANG PAUH

Assalamualaikum,
Kita sama sama sudah maklum apakah keputusan persaingan pemilihan calon untuk jawatan presiden USA dari parti Demokrat. Barrack Obama telah mengalahkan Hillary Rodham Clinton. Lama sebelun keputusan tersebut menjadi rasmi, unjuran telah menunjukkan yang R Clinton akan kalah kepada Obama, dan kem Clinton telah diberitahu supaya mengaku kalah kepada Obama supaya segala usaha dan ongkos yang dibelanjakan untuk kempen tersebut tidak perlu disia siakan sedangkan keputusan lebih kurang boleh diagak akan memihak kepada siapa.
Tetapi HR Clinton ni degil dan tebal egonya, dinasihat supaya jangan berkempen lagi, dan tumpukan usaha untuk memenangkan parti demokrat dalam pilihanraya November nanti tidak dihiraukannya. Akhirnya dia kalah, dan Obama sekarang calon demokrat untuk jawatan presiden USA.
Itulah sindrom Hillary Rodham Clinton. Ini juga yang cuba difahamkan oleh sebahagian daripada pemimpin UMNO kepada pucuk pimpinan mereka supaya tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh kerana, mengikut Mahathir, sukar untuk UMNO memenanginya.
Adakah UMNO akan terjebak dengan sindrom ini atau berpijak di bumi nyata?
Permatang Pauh menunggu jawapannya.