Sebutir tarikh kecil yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim ke lautan politik di Malaysia menghasilkan satu kocakan yang kian membadai dan kian menjelma menyerupai tsunami. Ia telah menjadi satu gegak yang semakin hari semakin gempita. Betapakan tidak, anda telah saksikan 49 ahli BNBBC telah lari untuk mengelak direntap oleh kegempitaan tersebut. Adakah anda mereka ke luar negara untuk santai santai dan shopping shopping saja? Sebenarnya mereka mendesupkan diri agar tidak disambar oleh gempita yang semakin hampir.
Apabila gempita semakin merapat, anda akan jadi gelabah. Lihat bagaimana Ahmad Ismail mencari semakin banyak musuh politik dengan hentaman terbarunya kepada GERAKAN. Sudah tentu ini akan menggamat dan menggempitakan menyuarat BN yang dijadual berlangsung hari ini. Dan lihat bagaimana GERAKAN sekarang jadi terumbang ambing, sebahagian orangnya telah pun melompat ke PKR dan tentulah ini nanti akan diikuti oleh penyokong mereka.
Kan anda boleh saksikan sendiri bagaimana PM sekarang ini menjadi semakin lemas, nasib baik ada Jeanne menghiburkan hati. Bukankah anda juga boleh saksikan seorang ahli politik machiaveli sejati yang hari ini mengeluarkan statisktik mengenai bilangan ahli parlimen Melayu dan bukan Melayu yang akan terjumlah sekiranya berlaku lompatan yang dinantikan itu, seolah olah beliau telah arif sangat dengan lompat melompat ni. Dan anda juga boleh baca komentar pelbagai pak menteri yang menadakan 16 September ini dengan nada meremeh tetapi risau. Apakah semua petanda ini cuba tunjukkan?
Ramai yang menyuarakan menukar kerajaan dengan cara lompat adalah tidak bermoral dan merampas hak rakyat. 1955 menyaksikan kerajaan PAS Terangganu ditumbangkan oleh Perikatan tok moyang BN dengan cara pintu belakang ini.
Siapa yang mendahului tidak bermoral?Atau gempita ini sudah tidak tertanggung lagi?