Saturday, September 13, 2008

SATU MATA LAGI

Assalamualaikum,

Cerita yang heboh hari ini Anwar Ibrahim jadi perdana menteri. Sebenarnya dia belum apa apa pun, cuma baru sahaja jadi ahli parlimen Malaysia setelah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tetapi semasa dalam UMNO dan BN dahulu, Anwar satu mata lagi nak jadi perdana menteri. Tetapi disebabkan oleh beberapa hal, ia dipaksa berhenti dari jawatan satu mata lagi. Dia enggan. Akhirnya ia kena tendang keluar.
Tun Ghaffar
Sebelum Anwar duduk di mata tangga tersebut, Almarhum Tun Ghaffar Baba mendudukinya. Pada masa itu, Tun satu mata lagi nak mendduduki tempat yang tertinggi. Tetapi dalam pemilihan parti, Tun gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden, maka Tun pun tertangkup ke bawah. Anwar naik ke kedudukan yang satu mata lagi.
Tun Musa Hitam
Di awal era yang dinamakan bersih, cekap,amanah, yang menduduki tempat satu mata lagi ialah Tun Musa Hitam. Diberitakan Tun yang ini melawan tokeh, diberi pilihan berundur atau ditendang, Tun akur, maka Tun meninggalkan kedudukan satu mata lagi.
Tun Dr. Ismail
Di zaman Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail menduduki kedudukan satu mata lagi. Tetapi Allah menyayangi Tun. Tun dijemput lebih awal sebelum Tun dapat bergerak lebih tinggi daripada satu mata lagi. Maka kedudukan satu mata lagi tu diisi oleh orang lain.
Satu mata lagi
Ada tak yang saya terlupa nak cerita tentang orang yang satu mata lagi?