Penggunaan akta zalim ISA untuk menahan 3 orang yang telah pun ditangkap atas pelbagai tuduhan adalah satu lagi kekejaman yang terus menerus dilakukan oleh pemerintahan yang sedia ada sekarang. Sampai bilakah rakyat Malaysia terus menerus diasak oleh kegilaan dan kezaliman ini. Sudah terlalu banyak kes yang melibatkan kepentingan parti pemerintah dihebohkan sebagai keselamatan negara, walaupun ia sebenarnya menjaga kepentingan politik atau kesambungan nyawa politik mereka yang berkepentingan.
Political engineering
Saya rasa apa yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah satu political enginering yang belum pernah lagi diterokai oleh mana mana orang atau pertubuhan politik sebelum ini. Sekiranya berjaya, political enginering ini akan menyebabkan berubahnya political landscape Malaysia sepenuhnya dan selamanya. Ia akan membawa perubahan yang besar dalam perjalanan hidup seluruh rakyat Malaysia, malah bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di rantau ini .
Untuk itu, untuk langkap pertama ini, semua pihak yang menanti nanti berakhirnya pemerintahan BN seharusnya menyokong apa yang diusahakan oleh Anwar ini, tidak kira dari parti mana anda berpaksi dan jawatan apa yang anda idamkan. Yang penting sekarang memang wujud satu mekanisma yang boleh menghentikan pemerintahan BN secara total dan segera. Untuk itu, peluang yang ada ini mungkintidak akan berulang lagi. Ia datang sekali, maka sambar lah ia secepat yang mungkin.
Sekiranya anda tidak sanggup lagi menunggu sebagaimana yang lepas.