Monday, September 8, 2008

UMNO/BN KEPUPUSAN ANGIN DI SELANGOR

Assalamualaiukm,


Nampaknya Selangor menjadi target yang paling diliurkan oleh UMNO dan BN. Tidak putus putus Selangor dan MB Khalid Ibrahim kena serang dan hentam. Kalau macam ini, dapatlah Kelantan mengambil nafas sedikit, kalau tidak tak putus putus Kelantan sahaja yang kena hentam. Anda ingat media memainkan isu yang bekalan air di Kelantan kotor dan berkeladak? Macam le mutu air yang dibekalkan di negeri negeri yang diperintah oleh BN bersih sangat.
MB Khalid sekarang ini dihentam kerana tidak turun padang untuk menjengah rakyat yang ditimpa musibah. Seolah olah pemimpin UMNO/BN seperti superman, apabila berlaku sebarang musibah kepada rakyat, dalam masa satu saat sahaja mereka telah sampai di temapt kejadian. Mereka pun tidak termampu juga.
Dulu cari isu ternak babi. Sedangkan yang memulakan ialah mereka, dan sejak berpuluh tahun perkara tersebut telah berlaku, namun sebab mereka yang perintah, tiada suara yang berdecit mengenainya. Sekarang senyap sikit.
Selepas itu mereka berarak jumpa sultan kononnya masjid masjid di selangor digunakan sebagai gelanggang politik. Dalam bulan Ramadhan mereka melarang diadakan tazkirah, tetapi kalau berbual kosong sambil merokok dalam mesjid dibenarkan.
Lepas itu isu UiTM pula. Jenuhlah pelajar dipaksa untuk buat demonstrasi. Kata pelajar tidak boleh buat demonstrtasi, yang ini boleh pulak. Kata pelajar tak boleh berpolitik, yang ini boleh pulak.
Baru ni pula kononya Teresa Kok ada sama menanda tangani petisen membantah azan subuh di kawasan Puchong. Teresa kata tidak terlibat, tetapi nama seorang pemimpin UMNO tertonjol dalam kes ini.
Dan saya percaya senarai ini akan berterusan lagi. Ia menunjukkan satu isyarat besar. Mereka kepupusan angin. Mereka kepupusan idea. mereka kepupusan sokongan.
Tandanya mereka akan pupus.