Saya menyokong peringatan Karpal Singh agar tidak akan berlaku sesuatu yang memalukan rakyat Malaysia sekiranya ada orang yang mengaku terlibat dalam kegiatan seks yang dirakamkan membarisi kabinet . Malaysia masih lagi jauh ketinggalan dalam aspek integriti dan maruah pemegang jawatan awam dan jawatan politik.
Pernah beberapa tahun yang lepas seorang yang disebut sebagai calon jawatan tinggi politik di USA menarik diri dari persaingan kerana ia dirakam keluar dari rumah kekasihnya waktu malam. Juga dalam kes John Profumo, timbalan menteri pertahanan Britain di era perang dingin yang meletak jawatan secara sukarela apabila dia didapati berbohong kepada parlimen mengenai kegiatan luar nikahnya dengan seorang perempuan yang dikatakan spy Rusia.
Tetapi di Malaysia, pelbagai perkembangan yang melambangkan kebengkrapan moral terus berleluasa. Kewarasan parti politik yang memertabatkan kedudukan No. 2 kepada orang yang mengaku sebagai pelakon dalam rakaman yang melibatkan kegiatan seks menunjukkan satu kecenderungan yang menakut serta merosakkan. Adalah amat sukar nanti untuk Malaysia membentuk generasi mudanya supaya tidak terlibat dengan aktiviti sedemikian kerana ada pemimpin yang terjebak tidak menerima sebarang tindakan malah diangkat ke mertabat tinggi. Amat sukar juga bagi Malaysia untuk menjadikan integriti itu sebagai sesuatu yang mesti dipunyai oleh setiap warga, terutamanya mereka yang memegang jawatan awam.
Akhirnya, Malaysia akan dipenuhi oleh orang yang tidak bermoral, orang yang tidak berperinsip, orang yang tidak berintegriti, orang yang merompak, orang yang menyamun dan pelbagai sfat keji lagi. Apakah yang menghalang orang seperti ini menjadi pemimpin? Apakah yang menghalang orang seperti ini jadi ahli kabinet?
Kalau Chua Soi Lek jadi ahli kabinet, pengundi yang mengangkatnyalah yang bertanggung kepada malapetaka tersebut.