Seperti biasa para nsasionalis bingkas bangun menghentam Pulau Pinang kerana bercadang membuat pertukaran penulisan nama jalan dengan memasukkan tulisan jawi, Cina dan Tamil. Itu saya biarkan mereka bercakaran.
Apa yang ingin saya nukil di sini ialah bagaimana susahnya bila kita hendak mendaftarkan syarikat dengan memilih nama nama yang berbau Islam. Sahabat sahabat di Kajang dalam awal 1990n cuba mendaftar sebuaf enterprise dengan memilih nama yang ada unsur Islam. Kesemua nama nama tersebut ditolak.
Begitu juga dengan nama nama bangunan dan tempat tempat komersial di Kuala Lumpur semakin dibangun, semakin menampakkan pendewaan kepada penjajah semula. Nama seperti Berjaya Time Square, Mid Valley dan ribuan lagi yang anda sendiri boleh cari. Tidak ada sebarang bangkangan dari puak nasionalis mengenai hal ini.
Begitu juga apabila kami di Kajang cuba menubuhkan sebuah sendirian berhad, nama yang dipilih terpaksa menunjukkan kesejagatan, tidak boleh berbau unsur Islam. Maka akhirnya kami pilih Global Ecopas.
Bagi sahabat sahabat yang cubaa menubuhkah enterprise tadi, oleh kerana urusan bisnes adalah berhubung dengan PASTI, maka nama syarikat mereka akhirnya diputuskan sebagai PASTI BAGUS.
Maka diluluskan.