Saturday, November 1, 2008

MENCUNGKIL GIGI

Assalamualaikum,


Kalau anda tanya saya, apakah benda yang paling berharga dalam hidup saya, jawapan saya ialah kayu cungkil gigi. Sebabnya ialah selepas makan saya mesti mencungkil gigi, kalau tidak mencungkil gigi, semacam sesuatu yang tidak kena pada diri saya.
Sambil mencungkil gigi saya teringat kata Tengku Ahmad Rithauddin, bahawa rasuah menabur wang diakui dan tidak dapat dibendung dalam UMNO. Saya berkira kira kalau seorang calon itu menabur RM 30k bagi satu bahagian, dan jaringannya meliputi 80 bahagian, maka jumlah yang perlu di tabur ialah RM30,000.00 X 80 =RM 2,400,000.00. Wau banyaknya! Tetapi itu untuk saya dan anda, bagi yang mampu, tidak jadi hal.
Tetapi, oleh kerana perhimpunan ditangguh, dan terdapat beberapa peristiwa keraian yang perlu di raikan, maka congak di atas telah berubah. Katakan jumlah RM 2.4 juta itu perlu ditabur bagi satu peristiwa keraian, mari kita kira berapa perisitiwa keraian yang perlu kepada rasuah ini:
1. Majlis berbuka puasa
2. Sambutan hari raya
3. Open House Hari Raya
4. Idul Adha
5. Perhimpunan
Katakan kita beri dia diskaun 20%, jadi daripada 5 peristiwa keraian di atas, dikurangkan kepada 4 sahaja. Jumlah rasuah wang yang perlu ditabur ialah 4 X RM 2.5juta =RM 10 juta. Wow, banyaknya! Jumlah tersebut mesti ditambah dengan kos yang tidak boleh ditinggalkan: contigency 10%. . Maka 10% dari 10 juta ialah 1 juta, dengan itu, yang perlu disediakan ialah RM 11 juta. Wow!
Bagi saya dan anda itu adalah satu angka yang terlalu menggunung. Tetapi bagi yang punya uang, sekali cungkil gigi sahaja keluar uang sejumlah yang demikian!