Wednesday, October 29, 2008

MENCARI TIKUS BERSAIZ KUCING

Assalamualaikum,


Pernah seorang pemimpin UMNO Kelantan memperli dengan mengatakan tikus di Pasar Khadijah di Kota Baru sebesar Kucing. Ungkapan tersebut adalah untuk memperli bagaimana kotornya pasar tersebut, dan juga Kota Baru secara amnya.
Tadi saya berjalan kaki ke pasar tersebut. Kesempatan yang ada semasa di Kota Baru ini kerana menghadhiri conference saya gunakan untuk melihat betul atau pun tidak apa yang diungkapkan oleh orang tersebut. Apabila saya sampai di sana, saya dapati ada sedikit perubahan.
Bangunan pasar tersebut telah dicat baru, dengan warna yang saya rasa sesuai untuk pasar, kerana warna yang lebih kurang sama juga kami gunakan untuk tadika. Bahagian hadapan Masjid Barakah juga telah dicat baru, dan dengan itu menampakkan keadaan sedikit ceria.
Bila masuk dalam pasar tersebut, bau busuk masih lagi menusuk, kerana lantai 1 digunakan untuk pasar basah. Semasa saya sampai, waktu adalah kira kira jam 3:30 ptg, jadi aktiviti jual beli sudang kendur, dan orang mundar mandir pun sangat kurang.
Saya lihat bahagian dalamnya juga telah dicat, dan susun atur gerai gerai juga telah sedikit berubah. Ke tingkat 2 pula saya dapati flooring telah dipasang jubin, tetapi masih belum menyeluruh, dan telah ada sedikit unsur mall atau shopping complex di dalamnya, walau pun belum menyeluruh. Tingkat 3 pun terdapat sedikit penambah baikan.
Susun atur gerai, dan susun atur barangan dalam gerai masih banyak lagi yang bersifat seperti lama. Seberang seberut. Tetapi ada nampak sedikit kemajuan. Tahap kebersihan gerai makan masih lagi diperingkat lama, kalau berubah pun cuma sedikit sahaja. Saya sempat makan laksa penang, dan semasa menulis ini saya mula rasa perut saya tidak selesa. Apa yang boleh saya katakan gerai makan masih lagi kotor.
Saya rasa mungkin ada bahagian dinding pasar tersebut telajh diroaboh, kerana dulu pasar tersebut gelap dan samar cahaya, tetapi sekarang saya rasa semacam pencahayaan berkeadaan lebih baik. Pengudaraan juga saya rasa mungkin ada penambah baikan, kerana rasanya sekarang mudah sedikit bernafas ketika dalam pasar tersebut.
Semasa membawa pelajar saya ke MBKB beberapa tahun yang lepas, kami memberi beberapa cadangan, tetapi biasa la, mereka tak hapek pun dengan cadangan yang kami beri. Untuk makluman, sekiranya kita menjadi lebih baik, kita hendaklah berani berubah. Kalau rakyat, atau peniaga tidak mahu berubah, maka mereka yang membuat polisi mesti initiate perubahan, dan saya perhatikan, memang ada perubahan yang dilakukan, dan peniaga menerima perubahan tersebut.
Saya rasa cat baru, flooring luar dan dalam, pengudaraan, peningkatan rupa bentuk gerai, bukan lagi berdindingkan papan buruk, tetapi cermin berkualiti, cara menysun barangan, sistem pembersihan sampah, longkang dan parit yang sentiasa bersih, sistem letak kenderaan yang teratur dan dikuat kuasa, mendisiplinkan tuan punya motosikal dan inovasi lain yang kreatif akan menjadikan pasar Khadijah satu tarikan yang berjaya.
Saya saya tidak boleh downlod gambar sebab cable tidak dibawa.
Saya tidak jumpa tikus bersaiz kucing. Yang saya jumpa kucing tidur.