Dengan kemerdekaan yang kita kecap, ada perkara yang kita semakin maju dan ada perkara yang kita semakin mundur. Yang kita semakin maju telah selalu digembar gemburkan, dan yang baik dari segi agama itu saya ucapkan syukur alhamdulillah. Tetapi memang tidak boleh disangkal ada perkara yang semakin lama kita merdeka, semakin mundur kita jadinya.
Satu penurunan yang sangat menonjol dalam aspek ini ialah akhlak rakyat Malaysia. Dalam posting ini isu ini tidak disentuh. Yang saya ingin sentuh ialah mundurnya nilai kepada mereka yang mempunyai kelulusan ugama, terutamanya apabila seseorang itu lulus dari sekolah pondok dan institusi pengajian separa formal yang lain.
Kalau kita lihat penurunan persepsi orang ramai terhadap nilai komersial yang dibawa oleh lulusan ugama seperti sekolah pondok ini semenjak merdeka, maka kita akan faham maka kita akan faham mengapa semakin lama semakin sedikit orang yang berkeyakinan menghantar anak anak mereka belajar di institusi seperti ini. Dengan itu kita lihat jumlah sekolah sekolah seperti ini merosot dengan ketara sekali, melainkan di negeri negeri seperti Kelantan dan Kedah yang masih mempunyai jumlah yang agak memberangsangkan, di negeri negeri lain samada pupus sama sekali atau tinggal sedikit sekali.
Dalam hal ini saya lihat kebanyakan ibu bapa menanggap pengajian ugama, terutamanya sekolah pondok, tidak mempunyai nilai komersial. Kalau anak mereka lulus pondok, nanti nak kerja apa. Sedangkan sistem pengajian pondok adalah benteng kepada pelbagai ancaman yang menggoda generasi muda. Oleh itu, banyak langkah yang perlu dilakukan agar lulusan agama ini terbela daan terjaga masa hadapan mereka, dan dengan itu juga masa hadapan generasi Islam dapat dibentuk di negara ini.
Saya cadangkan langkah-langkah seperti ini:
1. Universiti universiti tempatan menerima masuk lulusan sekolah pondok, tanpa perlu ada SPM. Cuma setiap universiti yang membuka peluang ini kepada mereka hendaklah menentukan kurikulum dan silibus yang perlu diguna pakai , teks yang perlu digunakan dan adakan entry examination untuk membolehkan mereka diterima masuk belajar di universiti.
2. JPA menambahkan kategori pekerjaan yang boleh menerima lulusan pondok dan ugama sebagai setaraf dengan lulusan persekolahan konvensional.
3. Mewujudkan gred khas untuk para huffaz dalam penggredan JPA dengan memberikan mereka tingkat gaji permulaan sekurang kurangnya setanding dengan doktor atau jurutera.
4. Mensyaratkan semua masjid masjid negeri, masjid jamek dan masjid yang dikategorikan sebagai masjid utama mempunyai (a)imam hafiz (b) pakar rujuk; sebagai tambahan daripada yang sedia ada.
5. Mewujudkan kategori pekerjaan yang dinamakan pegawai syariah dan mewajibkan semua syarikat atau organisasi, badan berkanun, institusi swasta dan institusi awam yang memerlukan kepada status syariah compliance menggaji pegawai berkenaan.
6. Mewujudkan jawatan penguat kuasa syariah yang mengawal selia status halal bagi setiap institusi yang memerlukan status tersebut
7. Mewujudkan jawatan penguat kuasa syariah bagi semua jenis sembelihan di semua premis yang terlibat dengan penyembelihan.
8. Ada banyak lagi....
9. Lagi, ada lagi.....
Ideanya ialah, sekiranya seseorang itu hantar anaknya belajar di sekolah ugama atau sekolah pondok, tidaklah ia akan was-was : anak aku nak kerja apa nanti?