Perbuatan memberi suapan wang dan pelbagai ganjaran material sebagai balasan memberi undi kepada pihak yang bertanding dalam pelbagai jawatan UMNO memang tidak disorokkan lagi. Ia diakui sendiri oleh orang UMNO dan juga oleh pemimpin UMNO. Cuma kalau UMNO yang lakukan, ia tidak dikenali sebagai rasuah. Ia hanya diiktiraf sebagai politik wang.
Persepsi yang hendak ditanamkan oleh UMNO ke dalam benak penduduk Malaysia ialah perbuatan tersebut tidaklah seteruk rasuah, dan kalau nak berkira sangat sampai bila kita nak maju. Oleh itu politik wang kira kiranya boleh diamalkan, tetapi rasuah, kalau pegawai yang lakukan, hendaklah diambil tindakan, kalau orang politik UMNO yang lakukan, sapu dan sorok sahaja di bawah karpet.
Dalam pemilihan UMNO yang rancak sekarang, pemimpin UMNO sendiri yang mendedahkan berlakunya aktiviti membeli undi, memberi suapan dengan janji mendapat undi dan pelbagai perbuatan yang semua dikategorikan sebagai rasuah.
Tetapi sebab UMNO yang lakukan, semuanya diampunkan, dan semuanya dimaafkan. Tidak berlaku sebarang rasuah dalam UMNO.
UMNO adalah parti ma'sum.