Semenjak krisis ekonomi melanda dunia kita sering dengar penglipur lara yang mendendangkan kepada kita bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Fundamental kita kukuh. Kita mampun mengatasinya. Dan sebagainya . Dan sebaginya.
Secara logiknya, kalau ekonomi dunia meredum, bagaimana pula ekonomi Malaysia yang berkait dengan ekonomi dunia mencanak? Tetapi rakyat tetap didendangkan dengan kekukuhan ekonomi Malaysia supaya apa kelihatan ialah parti yang memerintah sentiasa berjaya melakukan keajaiban demi keajaiban demi membawa kesejahteraan kepada rakyat.
Apabila harga minyak dunia turun, mereka amat lambat dan berlengah untuk menurunkan harga komoditi tersebut. Bila penoreh getah terjejas dengan harga pasaran getah sekarang, tidak apa suatu tindakan pun yang kedengaran. Bila harga kelapa sawit turun, juga tidak ada apa tindakan yang disusulkan.
Apabila pekung tidak dapat ditutup lagi, maka rakyatlah yang pertama tama didera. Dihamburkan berita 50 ribu pekerja kontrak kerajaan berhadapan dengan kemungkinan diberhentikan kerja. Oleh kerana memang lagak bergaya tidak dapat dipertahankan lagi, maka diberitakan pembelian eurocopter ditangguh.
Tetapi kalau saham kesayangan meredum terus, senang aje nak selamatkan. Paksa KWSP tanggung segala bebannya.