Tidak membantah usaha kerajaan negeri Terengganu memajukan Bukit Puteri sebagai pusat tarikan pelancong. Saya yakin loceng,atau geta yang terdapat di bukit tersebut adalah sumber pendapatan yang boleh dijana oleh aktivit pelancongan di negeri tersebut. Bukan Geta sahaja, tetapi meriam, singgahsana dan tarikan lain yang terdapat di bukit tersebut memang patut dimajukan untuk menjana pendapatan.
Tetapi usahakanlah dengan cara profesional supaya ia mencipta nama. Bukan diurus secara amatur atau novis atau kampungan seperti yang terdapat sekarang.
Nampak gaya, idea awal ada, tetapi idea follow up tiada. itulah yang berlaku di mana mana sahaja di Terengganu ini.
Harap bukit ini nanti tidak jadi bukit yang mengabiskan boreh.
.