Monday, December 29, 2008

PRK 036 KT. UPDATE 4

Assalamualaikum,


Minum pagi disebuah gerai dalam DUN Batu Buruk. Gerai orang BN. Bertanya kepada seorang senior citizen yang minum sambil menghisap paip, siapa yang dia akan undi dalam PRK ini. Saya BN kata dia. Kita kekalkan yang lepas .

Arah pengundian yang nampak ialah keadaan masih lagi bertarik tali. Kelihatan keadaan masihbelum berubah seperti dilaporkan sebelum ini, dan saya nampak strategi yang dimainkan oleh UMNO adalah betul.


UMNO akan memastikan pertandingan lebih daripada 2 penjuru. Ini akan melarikan sekitar 300 undi saya jangka. Kemudian UMNO sedang berusaha untuk melakukan education kepada pengundi, dengan harapan jumlah undi rosak akan dikurangkan, dan masuk ke kantung UMNO. Katakan undi yang dapat diperbetulkan daripada yang merosakkannya dulu sekitar 500, maka ia akan jadi ubat yang mujarab.


Oleh kerana daripada 2004 ke 2008 undi MCA mengalami tren menurun, maka UMNO/BN akan cuba menghalang ini daripada berlaku, dan mereka diberitakan telah memulakannya di kawasan bandar.


Oleh itu, kalau keadaan bertahan seperti dalam PRU 12, maka pertarungan sememang akan menjadi sangat sengit, dengan tiada mana mana pihak mendahului, pada hari ini.


Cuma mood pengundi sedang berpaling daripada calon yang dikemukakan oleh UMNO. Inilah satu satu poin yang boleh dieksploitasi oleh PAS.