Sunday, December 28, 2008

PRK 036 KT:GROUND TRUTH UPDATE 2

Assalamualaikum,


Mencari dan merasa dan menyelusuri medulla oblongata pengundi di Kuala Terengganu. Serta menyelami alam sub concious mereka, untuk mengetahui siapakah yang akan mereka undi dalam PRK 036 KT nanti. Ia merupakan satu tugas yang menyeronokkan.
Sebelum tu, sehingga jam 11:00 malam kami lihat jalan masih dalam proses diturap berhampiran masjid Tengku Tengah Zaharah, atau masjid terapung. Semasa kami pergi untuk solat subuh di masjid tersebut, kerja kerja berhenti. Turapan telah siap. Tetapi sekitar jam 09:00 pagi, kerja turapan disambung semula di bahagian lain. Baik sungguh hati kerajaan negeri Terengganu ini. Sanggup bekerja siang dan malam semata mata untuk membahagiakan rakyat yang sangat mereka cinta.
Ground truthing dilakukan lagi. Pengundi beri tahu: DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Buruk betahang. DUN Ladang, UMNO ambil tanah rakyat, pergi ke bulang. DUN Bandar, balik air.
Paham tak?