Thursday, January 1, 2009

PRK 036 KT : UPDATE 5

Assalamualaikum,


Pada hari ini kalau anda masih belum tahu lagi siapa calon PAS dalam PRK 036 KT, anda perlu mengikuti lebih banyak lagi perkembangan terkini. Tetapi soalan siapa calon PAS adalah perkara basi yang tidak perlu diberi tumpuan lagi.


Yang penting ialah persiapan menghadapi PRK tersebut. Saya perhatikan UMNO sendiri pun tahu bahawa calon yang mereka ketengahkan bukanlah merupakan calon terbaik dan dan bukan merupakan kehendak mutlak sekiranya diberi pilihan lain . Tetapi mereka bertekad untuk menang.


Persiapan strategik yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan mereka mempunyai para strategis yang matang dan mengetahui selok belok pilihan raya. Ini mestilah dipandang serius oleh PAS.


1. mereka mengumumkan calon untuk PRK ini seawal yang mungkin. Ini memungkinkan calon calon turun berkempen sebelum hari penamaan calon.

2. Mereka tahu, undi non Melayu penting. Mereka telah pun membuat pelaburan yang diperlukan untuk mendapatkan undi sektor ini.

3. Mereka akan menaja calon bebas. Guna calon bebas ini ialah untuk melarikan beberapa undi yang kalau dibiarkan akan pergi kepada PAS, tetapi, kalau ditaja calon bebas dengan sedikit pelaburan, maka undi sedemikian dapat diselamatkan.


4. Bermakna UMNO menjangka perbezaan undi antara menang dengan kalah adalah tipis. Oleh itu, walau sedikit mana undi sekali pun, ia mesti diraih agar masuk ke kantung mereka.


5. Tetapi kalau terlalu ramai calon bebas, ia akan merosakkan calculation. Maka, satu atau dua calon bebas sudah cukup. Kalau ada bunyi bunyi terdapat yang ngada ngada nak bertanding, suap sahaja suruh dia senyap.


6. UMNO memang sudah tahu, DUN Wakaf Mempelam dan DUN Batu Buruk jatuh ke tangan lawan secara convincing. Tetapi ini tidak bermakna mereka tidak boleh terbalikkan keadaan supaya memihak kepada mereka. Oleh itu petugas mereka telah pun masuk ke dua dua DUN ini dan telah pun berkempen secara terang terangan sebaik sahaja PRK diumum. Cubalah anda tempah mana mana hotel atau rumah tumpangan atau chalet atau homestay sekarang ini di Kuala Terengganu. Semuanya penuh. Siapa yang mengisinya? Petugas UMNO dari seluruh Malaysia!


7. Cuma perang poster dan bendera sahaja yang belum gegak dan gempita sementara menunggu hari penamaan calon.


8. Strategi UMNO untuk memberi tutorial kepada pengundi supaya tidak merosakkan undi menunjukkan persiapan mental mereka untuk mengkantungkan walaupun satu undi. Mereka sudah pun kenal pasti di DUN mana, dan di Peti undi mana serta saluran mana undi rosak dalam PRU 2008 dihasilkan. Malah saya percaya mereka ada maklumat tentang nombor siri kertas undi yang rosak, dan ada maklumat siapa yang merosakkan kertas undi. Jadi apa yang perlu dilakukan ialah arahkan petugas cari mereka yang merosakkan undi, pujuk, hulur dan tabur janji yang sukar ditolak oleh kumpulan ini. Kalau janji pun nampaknya tidak dimakan, pulas sahaja tangannya. Bukan kan UMNO pakar arm twisting?


9. Kalau UMNO nak buat silap pun mungkin dalam DUN Ladang. Sebabnya ialah PAS menang tipis dalam DUN inipada PRU 2008. Ini mungkin memberi keyakinan kepada UMNO mereka boleh rampas DUN ini lebih mudah berbanding Wakaf Mempelam dan Batu Buruk. Sekiranya UMNO berasa confident dalam DUN ini, ia mungkin tidak sperti yang mereka bayangkan, kerana terdapat pengundi yang mempunyai grudge tehadap mereka.


10. Menang kalah UMNO nanti akan bergantung kepada kelincahan menteri besar bersilat. Semua pemegang jawatan dalam UMNO mempunyai unsur shrewd, yang lebih diperlukan berbanding dengan IQ. Kedua dua, Idris Jusuh si menteri besar semasa PRU 12, dan Mat Said, si menteri besar sekarang, mempunyai unsur pertama, dan kurang dalam unsur kedua. Saya nampak unsur shrewd ini kurang dalam diri Mat Said. Inilah satu satu poin yang boleh membantu PAS.


11. Tetapi Mat Said dibantu oleh tenaga fikir UMNO pusat, oleh itu segala persilatan sumbang Mat Said mungkin dapat direpair oleh team pemikir UMNO. Atau Mat Said tak fikir langsung, cuma hadhir mesyuarat saja. Dan anggguk.

12. Saya dapat rasa satu aura confident dalam khemah PAS. Mungkin bersandarkan kepada faktor calon yang bakal mereka ketengahkan sahaja.


13. Ini adalah pendekatan dan rasa yang tidak menguntungkan setakat ini


14. Tetapi Mustapha Ali kan dah mahir hal pilihan raya?


15. Orang mahir pun kadang kadang silap juga.