Wednesday, February 18, 2009

HANG TUAH TU ORANG UMNO

Assalamualaikum,



Apabila ada kepentingan politik UMNO, maka kelihatan berduyun Melayu UMNO kononnya setia dan mempertahankan institusi raja. Tetapi itu dilakukan bukan kerana kasih mereka kepada institusi tersebut, bukan kerana sememangnya mereka taat dan setia menjunjung duli, tetapi kerana ada perkara, ada agenda tersorok yang ingin mereka meraih untung daripada kepuraan taat dan setia kepada institusi tersebut.


Sekiranya sungguh mereka taat dan setia kepada institusi raja, kenapa mereka yang menghina institusi tersebut pada pindaan perlembagaan persekutuan 1983? Itu tandanya mereka bermuka muka.


Kalau sungguh mereka taat dan setia kepada institusi raja, kenapa mereka menghina institusi tersebut pada pindaan pelembagaan persekutuan 1993? Itu tandanya mereka talam seribu muka!


Kalau sungguh mereka taat dan setia kepada institusi raja, kenapa mereka menghina institusi tersebut dengan menabalkan seorang sultan lain di Kelantan? Enggan patuh titah Sultan Perak dalam tahun 1974? Menghina sultanTerengganu dengan meludahkan nista kami nak idris, natang? Melarikan puteri istana?


Tiba tiba sekarang mereka cuba menunjukkan sikap Hang Tuah yang taat setia kepada sultan tanpa berbelah bagi.


Memanglah Hang Tuah taat jenis bebal .


Sebab Hang Tuah tu orang UMNO.