Tuesday, February 17, 2009

STATESMAN LAWAN BADUT

Assalamualaikum,

Krisis perlelmbagaan dan krisis politik di Perak menghasilkan pelbagai natijah. Antara yang jelas kelihatan ialah naiknya imej Tengku Razaleigh Hamzah sebagai seorang statesman. Walaupun beliau berada dalam pelukan UMNO tetapi beliau berani mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah dalam isu ini.


Berbanding dengan beberapa karakter lain yang juga tumpang semangkuk untuk kononnya meraih populariti dan menonjolkan imej sendiri, tetapi nyata usaha yang mereka lakukan itu di mata rakyat bukan mereka kelihatan sebagai pejuang dan jagoan, tetapi semakin mereka tonjolkan diri, semakin imej badut terserlah dalam diri mereka.


Akhirnya seluruh lakonan yang sedang ditayangkan sekarang menjadi satu lakonan badut yang meloyakan rakyat dan memualkan selera seluruh warga Malaysia.

Percubaan cuba menelanjangkan ahli ahli politik lain dengan harapan ini memaksa mereka melepaskan kerusi, dan cuba menjangkitkan pekung yang mereka cipta di Perak ke negeri negeri lain sememangnya dilihat dan dipersepsikan sebagi lakonan badut yang dimembadutkan seluruh kem mereka.


Rakyat bukan badut. Kamu yang badut.


Yang pasti, rakyat sudah lebih daripada sedia menolak badut.