Friday, February 20, 2009

PELBAGAI PIHAK DESAK BUBARKAN DUN PERAK

Assalamualaikum,




Perkembangan politik Perak hari ini menyaksikan semakin banyak suara dan semakin banyak pihak yang mendesak agar DUN Perak dibubarkan segera agar rakyat diberi peluang untuk mentafsirkan pendapat mereka mengenai kemelut politik yang dicipta oleh UMNO di negeri tersebut.


Sepatutnya rakyat Perak bangkit dan dengan jelas nyatakan suara mereka bahawa pilihanraya bagi seluruh negeri Perak adalah pilihan terbaik dan paling tepat sekarang ini. Semakin lama ditangguh, keadaan menjadi semakin kusut dan semakin kartun.


Apabila kartun yang bersuara itu memegang tampuk pemerintahan, rakyat akan sengsara. Untuk menghentikannya, seluruh rakyat Perak perlu mendesak agar pilihanraya seluruh Perak diadakan segera.


Itu sahaja cara sengsara rakyat Perak boleh dihentikan.