Monday, February 16, 2009

PILIHANRAYA SEMULA SELURUH PERAK TIDAK DAPAT DIELAK LAGI

Assalamualaikum,


Kemelut politik di Perak tidak akan ada penghujung sekiranya satu penyelesaian politik tidak dicari. Dan pencarian itu mungkin tidak lama memandangkan perkembangan politik terkini di Perak.


Jawatan speaker dalam dewan undangan negeri Perak masih lagi dipegang oleh penjawat sekarang, dan ini akan memusingkan bacaan dan telahan serta persiapan politik UMNO/BN 180 darjah. Ia juga akah menjadikan keadaan politik Perak semakin kacau sekiranya tidak ditangani dengan cermat dan mengikut lunas undang-undang.


Politik Perak hari tidak boleh lagi bergerak ke mana mana arah. Semua pihak sekarang telah tergamam dengan perkembangan perkembangan yang sedang berlaku di Perek.


Untuk mencari jalan keluar secara terhormat dan berhemah, UMNO tidak ada cara lain selain daripada membubarkan DUN Perak.


Apa juga jalan lain yang dicuba oleh UMNO akan menjadikan bertambah kusut dan masai. Ketenteraman dan kedaimana boleh terjejas.


UMNO mencipta sendiri stranglehold untuk lehernya.


Submission. Itu sahaja pilihan yang ada.