Thursday, February 19, 2009

KEMELUT TEAM FOTOSTAT

Assalamualaikum,




Kemelut yang berlaku di Perak hendaklah segera diselesai dengan cara yang hemah tinggi sesuai dengan standard rakyat Malaysia.Bukan dengan cara menggunakan peraturan rimba yang telah lama ditolak oleh rakyat.

Team fotostat yang diangkat kononnya untuk mentadbir Perak tidak boleh bertahan kerana sebab sebab ini:


1. Menyebabkan berlakunya krisis perlembagaan. Apakah itu krisis perlembagaan? ia adalah keadaan apabila perjalanan pentadbiran negara tidak mengikut lunas perlembagaan dan perundangan. Cara team fotostat ini diangkat supaya boleh memegang jawatan dalam pentadbiran negeri Perak dipertikai oleh banyak pihak, menunjukkan terdapat interpretasi lain terhadap kaedah yang digunakan. Interpretasi lain ini hendaklah diraikan supaya tidak ada pihak yang boleh mempertikaikannya lagi. Ini yang tidak mahu dilakukan oleh UMNO.


2. Menyebabkan berlakunya krisis perundangan. Pelbagai pihak mentafsirkan peruntukan dalam undang undang tubuh negeri Perak. Semua tafsiran tersebut adalah mengikut nafsu dan kepentingan masing masing. Tafsiran yang sah ialah tafsiran yang diputuskan oleh mahkamah. Keputusan mahkamah mengenai kemelut ini hendaklah disegerakan, dan semua pihak hendaklah akur dengan apa juga yang diputuskan oleh mahkamah. Tetapi janganlah keputusan mahkamah itu dilanjut dan dilanjut sehingga habis tempoh tenure pemerintahan sekarang. Jangan jadikan keputusan mahkamah sebagai sesuatu yang akademik kerana tempoh iddah telah berlalu. Keputusan dan ketetapan mahkamah hendaklah dilakukan sekarang.


3. Menyebabkan berlakunya krisis legislatif. Kemelut perlembagaan membawa kepada kemelut perundangan dan kemudian merebak pula kepada kemelut legislatif. Ini ada kerana perlantikan fotostat yang dilakukan tidak melalui badan legislatif dan lebih bersifat budi bicara, dengan itu apabila badan legislatif itu diketepikan, banyak kait mengait rumit dari segi perlembagaan dan perundingan timbul. Contohnya ialah kedudukan speaker DUN. Jelas perkara ini tidak diberi pertimbangan terlebih dahulu sebelum perlantikan dilakukan, dan dengan itu pelbagai kerenah baru timbul. Ada pihak yang cuba menyepak isu tersebut secara mudah dengan mengatakan isu tersebut sebagai stau komidi, tetapi ia bukan satu komidi, tetapi menunjukkan satu kesilapan besar dari segi perlembagaan dan perundangan telah dilalukakan. Adakah ini juga akan terus dilanggar dan dirogol oleh UMNO?


4. Menyebabkan berlakunya krisis eksekutif. Belum pernah dalam sejarah dunia ini sebuah negara mempunyai dua orang pemimpin serentak. Tetapi kita sedang meyaksikan satu rekod dunia dicipta di Perak. Masalah pentadbiran akan timbul, dan juga kesahahian tindakan eksekutif akan terus dipersoalkan untuk jangka masa yang panjang. Sebarang keputusan yang dilakukan oleh badan eksekutif fotostat ini akan terus dipertikaikan dan akan terus dicabar. Bayangkan kalau badan eksekutif fotostat ini membelanjakan wang kerajaan negeri, kemudian nanti mahkamah memutuskan badan eksekutif fotostat ini tidak sah, siapakah yang akan menanggung kesannya. Siapa yang akan membayar atau memulangkan semula wang dan peruntukan yang digunakan secara tidak sah? UMNO tidak akan ingin bertanggung jawab.


5. Menyebabkan berlakunya krisis ekonomi terhadap negeri Perak. Apabila krisis dan kemelut ini berterusan dan berpanjangan, maka aktiviti ekonomi akan turut terjejas. Perancangan ekonomi yang telah diatur turut diletakkan pada status on hold, kerana pihak yang terlibat mungkin tidak berani meneruskan kegiatan ekonomi kalau-kalau komitmen mereka nanti akan lebur begitu sahaja sekiranya tiada keputusan muktamad dihasilkan sekarang. Yang menanggung kerugian ialah rakyat Perak, kerana mereka akan terlepas pelbagai peluang yang sepatutnya mereka raih sekiranya tidak berlaku kemelut ini.


6. Menyebabkan krisis pelaburan. Para pelabur akan tentunya mengambil sikap berhati hati dan sikap tunggu dan lihat sebelum mereka meneruskan hasrat untuk melabur di Perak dan juga di Malaysia. Tidak ada pelabur yang mahu mencurahkan modalk mereka sekiranya keadaan kestabilan politik tidak menjanjikan pulangan terjamin bagi mereka. Yang rugi lagi sekali ialah rakyat Perak. Juga rakyat Malaysia.


7. Menyebabkan ketidakstabilan politik. Ketegangan politik terus menerus berlaku selagi kemelut di Perak ini tidak selesai. Keadaan ini ditambah lagi dengan kes kes tambahan, seperti meletak jawatannya ADUN Bukit Selambau, kes Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan di Selangor. Walaupun bagaimana cuba ditutup pun, namun tangan orang akan menuding kepada UMNO dan BN yang terus menerus mencipta ketidakstabilan politik dengan cara yang jijik. Mereka tidak perlu menunjukkan apa apa bukti, tetapi itulah gerak daripada naluri mereka. Dengan itu keresahan politik akan terus mendidih.


8. Menyebabkan ketidakstabilan sosial. Pergaulan penduduk Malaysia menjadi tidak selesa selagi kemelut Perak ini berterusan. Ejek mengejek, kutuk mengutuk dan sebagainya berlaku, dan ini adalah tidak sihat untuk kesejahteraan masyarakat Malaysia. Kalau berita yang mengatakan keluarga Hee Y Y, timbalan speaker daripada DAP yang melompat ke BN, diperli dan tidak dilayan untuk membeli barang barang keperluan itu betul, ia menunjukkan satu ketidakstabilan sosial yang besar dan serius. UMNO tidak boleh memandang perkara ini sebagai ringan.


9. Menyebabkan terhakisnya nilai nilai moral. Kemelut ini dikaitkan dengan rasuah, penipuan, menikan kawan dari belakang, bercakap bohong, berjanji palsu, menceroboh kehidupan peribadi orang lain dan macam macam jenayah lain lagi. Kesemuanya bercanggah dengan nilai nilai murni yang sistem pendidikan Malaysia cuba terapakan ke dalam sanubari generasi kita. Kehancuran nilai nilai moral ini juga bercanggah dengan nilai nilai yang dilaungkan oleh Rukunegara yang juga cuba dipromosikan oleh pemerintah. Tetapi merekalah yang meranap dan menjahanamkan nilai nilai tersebut.


10. Menyebabkan kehancuran imej. Imej Malaysia yang bertamadun dan dihormati terutamanya di kalangan negara negara membangun dan negara negara Islam hancur dengan tejadinya kemelut politik di Perak ihi. Kemelut ini mendedahkan wajah hodoh yang sebenar yang dipunyai oleh pemerintah yang didalang oleh UMNO.


11. Menyebabkan perubahan persepsi. Persepsi ialah imej mental yang diukir oleh seseorang itu mengenai sesuatu perkara. Kalau imej itu cantik, maka persepsinya adalah cantik. Tetapi dengan kemelut politik di Perak ini, persepsi orang luar terhadap Malaysia jadi meredum. Persepsi rakyat biasa terhadap UMNO juga turut bertukar. Kalau ada rakyat Malaysia yang tidak kisah hal parti politik ini, maka sekarang mereka telah membentuk satu persepsi buruk tehadap UMNO. Mereka melihat UMNO sebagai sesuatu yang menjijikkan. Isu derhaka yang cuba dimainkan oleh UMNO menjadi satu persembahan badut dalam sarkas.


12. Menyebabkan tension. Tension atau tekanan boleh menyebabkan tidakstabilan mental. Ramai rakyat Malaysia yang mengidap masalah ini. Kemelut di Perak ini menambahkan lagi masalah ini. Saya rasa yang lebih tertekan ialah mereka yang terlibat dengan aksi kekatakan apabila mereka melompat. Bekas ADUN Bukit Selambau menyatakan sebab beliau meletakkan jawatan ialah tension. Kalau yang tidak melompat dah tak tahan dengan tension, anda fikir macam mana pula yang terlompat lompat?


13. Ada yang tension nanti ambil tindakan luar dugaan?