Showing posts sorted by relevance for query musuh. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query musuh. Sort by date Show all posts

Thursday, October 23, 2008

KEGIANAN MENDAPATKAN MUSUH

Assalamualaikum,


Dalam beberapa posting yang lepas, saya telah tuliskan tentang salah satu ciri ideologi nasionalisme ialah menimbulkan rasa benci [di sini] di kalangan mereka yang beriman dengan ideologi ini, dan rasa kebencian itu diletuskan kepada mereka yang dilabel sebagai musuh. Rasa kebencian ini mesti diapikan supaya sentiasa membara, kalau ini tidak dilakukan, maka sokongan kepada pegangan ideologi ini akan luntur, dan itu mungkin menyebabkan mereka akan kalah terus dalam pilihan raya.
Untuk tujuan tersebut, mereka yang menjadi tonggak ideologi ini akan sentiasa mencari dan mencipta musuh. Dalam siri yang lepas, kita telah saksikan mereka mencipta musuh musuh baru, seperti Teresa Kok dan Raja Petra Kamarudin. Musuh musuh lama mereka nampaknya tidak lagi menjamin mereka untuk membangkit rasa benci ini, dan dengan itu mereka terpaksa beralih kepada penciptaan musuh musuh yang lebih baru.
Dalam siri terkini, Dr. Mohd Nasir Hashim, ADUN Kota Damansara sudah pun menjadi musuh baru mereka, dan mereka sedang memalu gendang untuk membangkitkan rasa kebencian ini berdasarkan kepada olah bahawa YB ini menghina Islam dan tidak tahu hukum Islam sehingga tergamak untuk mencadangkan agar wang zakat diagihkan kepada bukan Islam.
Di sini mereka cuba menonjolkan kepada umum bahawa mereka jaguh yang memperjuang, mempertahan dan memelihara kesucian dan kemurnian Islam. Itulah sifat bermuka muka yang jelas terpancar hasil daripada lakonan kebadutan mereka. Walaupun, perkara tersebut hanya timbul diperingkat paling mula, iaitu hanya satu pernyataan, dan, tambahan pula, juga ada pendapat yang memungkinkan perkara ini diterokai [lihat sini].
Tetapi disebabkan ketagihan untuk menjadi kononya champion, maka mereka terpaksa mencari dan mencipta musuh. Mereka telah sampai ke peringkat ketagihan dan kegianan musuh.
Dan adakah anda nampak wajah orang yang menjadi jagoan dalam hal ini?

Thursday, July 23, 2009

UMNO MENDAPAT MUSUH BARU

Assalamualaikum,

Dalam perjuangan nasionalisme, yang menyebabkan perjuangan itu berterusan ialah semangat. Dan semangat itu mesti berkobar. Berbeza dengan perjuangan Islam, asas perjuangan ialah 'aqidah.

Oleh itu, dalam perjuangan nasionalisme, semangat perjuangan mesti dikobarkan sepanjang masa untuk memastikan perjuangan tidak kekempisan angin. Untuk mengkobarkan semangat nasionalisme ini, semangat tersebut perlu diberi makan, sama seperti panglima Melayu dulu dulu memuja semangat keris dengan kemenyan dan dibasahi dengan air limau serta dibalut dengan kain kuning.

Makanan semangat nasionalime ialah rasa benci, marah, tertindas, tidak puas hati dan segala bentuk rungutan yang menimbulkan rasa marah. Selagi ini ditanamkan dalam diri penganut nasionalisme, maka perjuangan tersebut boleh berterusan.

Untuk mendapat makanan bagi memuja semangat nasionalisme, maka amat penting dicipta musuh. Sama seperti tamadun barat yang dulu menjadikan komunis sebagai musuh mereka, apabila komunis runtuh, mereka mencipta musuh baru iaitu Islam.

Nasionalisme UMNO di Malaysia telah mencipta musuh yang pada pandangan mereka teramat sangat dibenci, dijijik dan disundali, seperti PAS, DAP, Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal Singh....... antara musuh yang sudah sedia bertaraf longkang dan ketahikan.

Bila kalah PRU 12, mereka mencipta musuh baru seperti Teresa Kok.

Sekarang mereka mencipta satu lagi musuh baru. Zaid Ibrahim. Di sini dan di sini.

Saturday, February 21, 2009

POLITIK UMNO BAHAYA UNTUK NEGARA

Assalamualaikum,



Setelah sekian lama merasa keadaan selesa dan tanpa dicabar, UMNO dan BN telah menua dengan keadaan otoratian. Menjadi kaya secara instant telah lumrah kepada mereka. Memunggah harta negara ke poket masing masing menjadi suatu kemestian, sesiapa yang berlaku selain itu menjadi suatu keanihan.


Apabila mereka kalah teruk dalam PRU12, realiti baru segera meresap kepada mereka. Iaitu, kebobrokan yang mereka lakukan selama ini satu hari akan terbongkar juga. Tambahan pula tren politik baru telah wujud di Malaysia, iaitu mereka yang jadi warganegara boleh diangkat memegang jawatan politik dengan kehendak rakyat. Berbeza dengan doktrin UMNO sebelum ini bahawa hanya orangMelayu sahaja yang layak memegang jawatan politik. Non melayu yang hendak memegang jawatan politik mestilah dengan izin UMNO dan mestilah dikembirikan terlebih dahulu oleh UMNO.


Tetapi tren tersebut telah berubah. UMNO cuba sedaya upaya untuk reverse tren tersebut dengan pelbagai political engineering, tetapi gagal. Gagal kerana kaedah yang mereka guna pakai telah ketinggalan zaman. Citarasa rakyat Malaysia sudah bertukar. Cara yang mereka gunakan ialah:

1. Ugut. Mengugut rakyat dengan pelbagai deraan sekiranya tidak mengikuti telunjuk mereka.

2. Meniup api perkauman. Orang bukan Melayu UMNO adalah pendatang pada mereka. Orang Melayu, tetapi kalaubukan UMNO, juga pendatang. Maka tidak layak berada di Malaysia


3. Mewujudkan suasana racist agar orang Melayu kembali menyokong UMNO

4. Menimbulkan konsep ketuanan Melayu agar timbul rasa tersepit di kalangan orang Melayu. Congaknya ialah apabila orang Melayu rasa tersepit, mereka akam kembali kapada UMNO dan kemudian mengundi UMNO

5. Mencipta musuh baru, supaya semangat ketuanan Melayu, racism dan ketaatan mutlak kepada UMNO dijana semula. Antara musuh baru yang mereka dapat ialah Hindraf, Teresa Kok, dan RajaPetra. Musuh lama seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nik Aziz, Hj. Hadi tetap diawet supaya kekal status mereka sebagai musuh.

6. Musuh nombor wahid, Anwar Ibrahim cuba dihancur seranap yang mungkin. Tetapi orang ini kembali pula di parlimen.

7.Mereka juga cuba character assasination. Yang terkini ialah Liz Wong

8.Yang paling menjijikan ialah mereka merancang coup d etat secara rasuah. Dan mereka berjaya di Perak. Tetapi kejayaan tersebut lebih berbentuk neraka daripada kegemilangan.

9. Dan, mereka sentiasa bersedia menggunakan satu satu senjata yang mereka ada untuk membenarkan semua tindakan yang mereka lakukan. ISA, telah kali demi kali digunakan untuk menyelamatkan nyawa politik mereka.

10. Di Perak, telah ada suara menggesa agar UMNO menggunakan option ini, iaitu ISA.

11. Kemudian sekiranya tidak menunjukkan kejayaan, option mengisytihar darurat akan mereka gunakan.

12. Namun menggunakan lunas demokrasi tidak sekali.

Tuesday, August 12, 2008

PAS KELUAR PR?

Assalamualaikum,

Saya ada terbaca tulisan Nasarudin Tantawi mengenai idea sekiranya Islam, atau mereka yang membawa obor Islam, tidak diberi peranan lebih bermakna dalam PR, maka PAS wajib keluar daripada PR. Istilah yang digunakan ialah wajib. Bukan sunat, dan bukan juga harus. Kemudian hari ini dalam Sinar Harian pula, disiarkan berita tentang kata-kata daripada Presiden PAS bahawa sekirranya selepas 16 Sept. 2008. PR berjaya membentuk kerajaan, tetapi teras pemerintahan tidak diasaskan kepada Islam, PAS sedia menarik dari dari pakatan tersebut.
Puas saya cari dari sumber PAS maklumat yang menyentuh perkara ini, tetapi tidak berjumpa. Saya cari dalam Harakahdaily, juga tidak termuat berita ini. Tetapi dalam web dan blog lain ada termuat cerita ini. oleh saya tidak dapat kepastian mengenai kesahihan berita ini.
Katakan lah berita itu betul. Dengan menghormati pandangan pemimpin PAS, saya tidak berkongsi pendapat tersebut. Pertama apabila PAS telah menjalin hubungan dengan PKR dan juga dengan DAP, ia merupakan satu perjalanan sehala. PAS telah masuk satu lubang, yang mana lubang itu tidak ada jalan undur ke belakang, yang ada hanyalah mara ke hadapan. Kalau PAS keluar PR, PAS tidak akan boleh memadamkan sejarah, bahawa ia telah berasmara dengan DAP, satu parti yang secara jelas menolak Islam sebagai teras pemerintahan. Apa yang berlaku ialah PAS telah menggunakan strategi politik, iaitu, di mana kita boleh meraih keuntungan, kita gunakan kesempatan tersebut. Sebab itu, menjelang pilihan raya 12, ahli ahli PAS diberi tahu secara tidak bertulis untuk mengundi DAP, dan bukan BN, dengan hujah: mengambil mudharat kecil untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar.
Kalau selepas 16 Sept. 2008, PR tidak berjaya membentuk kerajaan pun, PAS memang junior partner dalam pakatan ini. Sebabnya ialah PAS tidak menang kerusi setanding dengan apa yang dimenangi oleh rakan PR yang lain, tidak mengambil Kedah dan Kelantan. Ini adalah risiko yang PAS perlu baca terlebih dahulu sebelum terjun dalan keghairahan menghadapi pilihan raya. memang dalam pilihan raya 12, PAS lah yang menyediakanb jentera untuk PKR, dan juga DAP, sebab kedua dua parti ini tidak mempunyai jentera yang mantap. Operational premise bagi kedua dua parti tersebut tidak sama dengan PAS, mereka tidak ada jentera, tetapi mereka ada pengundi. PAS ada jentera, tetapi jumlah pengundi tidk cukup. Yang akhirnya diambil kira untuk menang ialah jumlah undi yang diterima, bukan kekuatan jentera.
PAS juga menumpang kepada populariti Anwar Ibrahim. Anwarlah yang merobohkan tembok tembok yang selama ini gagal dirobohkan oleh PAS, tetapi dengan kedatangan Anwar, tembok pengundi India dan Pengundi Cina roboh dan mereka ini berduyun datang memberikan undi kepada PAS. Jadi, kalau PAS diletakkan sebagai junior partner, memang patutlah.
Perjuangan Islam bukan hanya untuk satu tempoh edah pilihan raya sahaja, tetapi ia adalah satu perjuangan yang panjang. Mungkin memakan ratusan tahun. Kalau pemerintahan Islam tidak dapat ditegakkan dalam hayat Hadi Awang, kita sanggup tunggu ratusan tahun lagi, yang mana kemenangan itu kita yakin akan datang. Oleh itu laagkah keluar dari PR adalah satu langkah yang mengundang multiple error. Baru lagi PAS buat error dengan berunding bersama UMNO untuk menubuhkan kerajaan di Selangor, dan kini ada ura-ura untuk meningalkan PR. Ini adalah satu tindakan harakiri.
Bagi saya, walaupun PAS diperlekeh sebagai junior partner, ia hendaklah terus bersama PR. Be in the game. Apabila peluang sampai, sambar peluang tersebut. Tetapi kalau PAS keluar dari PR, ia bukan sahaja tidak berada dalam game tu, tetapi ia akan mencipta musuh baru. Musuh lama pun tak dapat diselesaikan lagi, sekarang mau cari musuh baru pula. ia tidak hikmah.
Anda ada selera untuk dissent?

Thursday, November 27, 2008

THEORY OF GERMINATION

Assamualaikum,


Salah satu teori yang ada dalam politik ialah bagaimana idea kita, satu satu perkara yang kita mahu terjadi, atau mahu ia berlaku atau dilakukan dicampakkan atau dilontarkan atau dikemukakan untuk melihat reaksi target kita. Selalunya ini dilontar kepada musuh, agar musuh lakukan apa yang kita mahu ia buat.
Atau kadang kadang, musuh yang lontarkan sesuatu idea kepada kita kerana ia mahu kita lakukan ssesuatu mengikut perancangan mereka. Kalau kita terima idea tersebut, maka kita akan menjadi patung wayang kulit yang pergerakannya ditentukan oleh si dalang.
Dalam politik Malaysia ini sememang selalu dilakukan. Tugas melontar idea ini kepada masyarakat umum diserahkan kepada media , seperti akhbar atau tv. Apabila idea telah dilontar, maka proses germination atau percambahan perlu dilakukan. Caranya seperti menemu ramah orang awam, yang semua yang ditemu ramah tersebut akan menyokong idea yang dilontar tadi, dan akhirnya, masyarakat atau pendangan awam atau public opinion akan menyokong idea tersebut. Apabila public opinion ini telah positif, maka tindakan akan menyusul untuk merealisasikan idea tadi.
Antara perkara yang dihasratkan oleh satu pihak ialah:
1. Selagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi menteri besar, Kelantan sukar dirampas. Maka, turunkan TGNA
2. Wujudkan percakaran dalam PR. Timbulkan rasa terpinggir pada PAS, terutama PAS Selangor. Maka lontarkan idea PAS sepatutnya menteri besar di Selangor
3. Khalid Ibrahim membawa terlalu banyak reform di Selangor yang amat menjejaskan BN. Jatuhkan Khalid Ibrahim. Lontarkan idea yang KI perlu diganti
4. Promosikan idea Azmin Ali ingin jadi MB Selangor, dengan ini PKR dan PR akan bercakar.
5. PAS mesti dijolok supaya bersuara hal arak dan kilang arak di Selangor. Lontarkan idea hendak tutup secara total arak dan yang berkaitan dengannya.
6. Dan banyak lagi.
Di sinilah kematangan ahli politik yang ditarget itu dikehendaki. Kematangan dan cool head serta menjiwai dasar serta pendekatan rakan kongsi itu penting.
Jangan cepat menggelabah.
Macam Tony Pua.

Monday, December 1, 2008

TUAN GURU TU KERAMAT

Assalamualaikum,


Semasa Tuan Guru Nik Aziz sedang berceramah, Mat Cincin yang sedang memerhatikan penceramah berkata kepada Mat Tempe : Tengok si kambing tu bercakap, mengembik aje! Sebaik sahaja Mat Cincin berkata demikian, tiba tiba Mat Cincin tidak boleh bertutur lagi. Puas dicubanya untuk bertutur, tetapi, lidahnya menjadi kelu dan suara yang keluar dari mulutnya bukan suara biasa beliau, tetapi berbunyi embeeek, embeek! mat Cincin sudah ketulahan, dia telah terkena keramat Tuan Guru Nik Aziz, dan sampai hari ini dia terus mengembik!
Anda pernah dengar cerita seperti ini? Cerita ini merebak luas semasa diperingkat awal pemerintahan PAS di Kelantan dulu. Saya selalu berpesan kepada ahli ahli usrah saya, sekiranya anta dengar cerita yang sedemikian, matikan cerita itu, dan jangan dipanjangkan kepada orang lain. Sebabnya ialah cerita cerita sedemikian adalah rekaan pihak perang saraf musuh untuk dijadikan modal mereka semasa pilihan raya. Dan memang benar, dalam pilihanraya 1995, salah satu propaganda yang ditabur oleh BN dalam phamplet mereka ialah orang PAS songsang aqidah mereka kerana menganggap Tuan Guru Nik Aziz itu keramat.
Bukan kah sekarang ada orang PAS yang melabelkan orang PAS yang lain Erdogan la, itu la , ini la. Pada analisis saya ini adalah ulangan letusan isu IRC yang melanda PAS dalam tahun 1980an. Saya percaya dalam isu IRC dulu, anda anasir yang telah ditanam dalam PAS yang diarahkan menimbulkan kesangsian dan cocok mencocok dikalangan ahli PAS kerana pihak lawan PAS kuatir ramai mereka yang berpelajaran tinggi telah mula berjinak dan berjuang dalam PAS. Dalam kekalutan pusingan itu, ada ustaz dan pimpinan tinggi PAS pun turut menjadi bebal termakan racun yang ditabur oleh anasir anasir ini.
Sekarang modus operandi yang sama digunakan. Ditanamkan dalam PAS orang yang berpura sebagai orang PAS, dan kemudian menaburkan fitnah kononnya pemimpin ini sedemikian, dan pemimpin ini sedemikian semata mata bertujuan mencipta perpecahan dalam PAS. Bezanya dalam tahun 80an belum ada blog. Tetapi sekarang anasir anasir ini buat blog semata mata bertujuan menghentam individu tertentu.
Gerakan ini sekarang berjaya mewujudkan apa yang kononnya dilabel sebagai golongan moderate dalam PAS, dan ada golongan conservative dalam PAS. Yang moderate direstui oleh TGNA dan yang conservative direstui oleh TGHH. Dikaitkan juga dengan ethnic cleansing yang akan berlaku, dan telah dimulai di Selangor.
Ini adalah bibit bibit dan benih benih pergolakan dan pergeseran yang ditabur oleh musuh yang merencanakan ketempangan dan mungkin kejatuhan PAS. Bila PAS jatuh, puak inilah nanti yang paling gembira, sedangkan mereka duduk dalam PAS. Dan ada juga pemimpin PAS yang bebal tak habis. Masih lagi tidak dapat membaca kocakan air dan persilatan jahat ini.
Kalau anda terserempak dengan perkara seperti ini, matikan ceritanya dan jangan dipanjangkan. Kalau anda tahu si tukang pencanang, itu lah musuh yang ditanam dalam kelambu anda.

Monday, June 25, 2012

AKU ADA BUKTI BARU



سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pernah baca buku layang? Maksud aku ialah buku yang ditulis untuk menghentam musuh politik. Ia menjadi satu budaya dalam amenoh sedikit masa dulu. Sekarang sudah berubah kepada teknik lain sesuai mengikut perubahan masa.

Masa zaman buku layang ini, aku perhatikan penulisannya baik, dan disokong dengan data serta bukti, samada betul atau tidak tak tau lah, tetapi cara penulisannya rata rata adalah baik. Aku pun heran macam mana orang politik ni boleh menulis dengan baik sebegini?

Jawapannya aku jumpa secara terserempak. Semasa membuat grup menulis buku beberapa ketika dulu, ahli grup aku tu mengaku yang dia adalah salah seorang penulis buku layang yang diupah oleh orang politik. Barulah aku tau. Patutlah tulisan buku buku ni baik, sebab ada pensyarah dan ada profesor yang terlibat dengannya.

Kau ingat Ahmad Lutfi Othman membuat aduan rasuah terhadap seorang orang politik dalam tahun 90an? Ahamd menceritakan dia menerima banyak maklumat yang dibekalkan oleh hentahsiapa untuk ,menyokong aduannya.

Tau pengendali portal on line anti-serban yang sekarang merempat di UK? dia mengaku dibekalkan dengan maklumat oleh hentahsiapa untuk memburuk buruk musuh politik si pembekal maklumat.


Sekiranaya kau jumpa dengan orang yang ada maklumat, ketahuilah, maklumat tersebut dibekalkan oleh hentahsiapa. Sebab itulah ada menteri yang kena berhenti untuk jaga lembu. Sebab itulah akaun 3 belion diungkit semula.

maka apabila hentahsiapa membekalkan maklumat yang mungkin dicipta, maka si jalang yang terliurkan anwar melalak

Aku ada bukti baru!


Friday, June 21, 2013

QADHA' DI KHANDAQ samb....

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sambungan daripada posting 20/6/13, kata Al Marbawi: mentaakhir sembahyang dengan sengaja apa hukumnya? (ya saudaraku) dengan hadith yang telah disebut, nampaknya Nabi s.a.w. mentaakhir dengan sengaja akan sembahyang kerana berbimbang dengan seteru maka bolehkah kita (buat) yang demikian itu kerana menurut Nabi ada berbuat demikian?

(Kata Nawawi) dan ada taakhir Nabi akan sembahyang 'asar hingga lenyap matahari itu maka adalah ia sebelum turun wahyu sembahyang solat ul Khauf. (kata ulama) merangkumi bahawasanya mentaakhir Ia akan dia kerana lupa, bukannya sengaja. Dan adalah sebab lupanya itu ialah berbimbang dengan pekerjaan musuh.

Dan merangkumi bahawasanya mentaakhir akan dia dengan sengaja kerana berbimbang dengan seteru. Dan berbimbang dengan seteru itu adalah satu 'uzur pada mentaakhirkan sembahyang dahulu daripada turunya solat ul khauf.

Dan ada pun hari kita sekarang ini maka tiada harus mentaakhirkan  sembahyang pada waktunya dengan sebab musuh dan perang. Bahkan hendaklah seorang itu sembahyang akan solat ul khauf atas sekira kira halnya. Dan ada baginya maa'ruf di dalam kitab kitab fiqah.

(Rujukan yang sama, masaalah 95)

Thursday, October 16, 2008

BERILAH KERIS PADA IBRAHIM ALI

Assalamualaikum,


Timbul cerita pasal Ibrahim Ali lagi; saya dah tulis satu artikel mengenai beliau, dan ada blog lain juga yang membincang hal orang ini kat sini, dan juga kat sini. Saya berpendapat tindakan TGNA membenarkan IA bertanding atas tiket PAS di Parlimen Pasir adalah betul, walaupun ia menunjukkan PAS mengaplikasi budaya tok lebai pada orang tersebut.
Apa yang ingin saya cuba beri faham di sini ialah tindakan TGNA adalah tindakan yang dikenali sebagai layered atau pun veiled. Tindakan seperti selalunya dibaca oleh orang kebanyakan hanya dengan melihat dan menilai face value nya sahaja. Tetapi lapisan di bawah tidak mudah ditelah. Kita akan hanya tahu apabila sehelai demi sehelai atau selembar demi selembar peristiwa dirungkai dan keadaan sebenar sedikit demi sedikit menjadi terserlah.
Apa yang ingin saya beri tahu ialah IA ini bukan sepanjang masa tidak berguna untuk PAS dan PR. Dia ada kualiti tertentu yang berguna. Jadi, daripada diseranah dan dinista beliau, maka adalah lebih baik beliau dijadikan senjata. Berikan beliau keris. Berikan beliau rpg. Berikan beliau M16. Acah beliau supaya senjata itu beliau gunakan untuk menikam musuh politik PAS dan PR. Biar dia bersilat, biar dia menikam, biar dia menghamput, tetapi kita yang corongkan hamputannya itu kepada UMNO. Di sinilah perlunya political skill. Untuk kutuk senang, untuk perlekeh senang, tetapi untuk jadikan si mamat ini aset itu yang susah.
Jadi di sini, PAS Pasir Mas, dan PAS secara umum ada tugas yang menguji kemahiran berpolitik mereka. Jadikan IA itu senjata kamu, supaya dia bersilat dan menikam musuh kamu .
Termampu lakukan sedemikian?

Friday, March 27, 2009

GRAVITI: MUSUH UMNO NO.1

Assalamualaikum,

Apabila membaca berita bahawa Shahril Samad akan meletakkan jawatan kerana tidak terpilih dalam senarai 25 ahli MT UMNO, maka tentu ada sesuatu yang sedang mendidih dalam UMNO. Dari luaran memanglah disolek oleh Shahril dengan mengatakan perletakan jawatan itu adalah kerana prinsip. Sejak bila mereka patuh pada perinsip?

Muhyiddin pula diberitakan akan mengepalai jentera UMNO/BN dalam ke tiga tiga pilihan raya kecil yang akan datang ini. Kalau dalam dua pilihan raya kecil yang lepas general besau pun tersungkur dan tertiarap, maka dalam tiga tiga pilihan raya kecil akan datang ini general nombor dua besau akan jadi lebih kerdil dan dihunyam selumatnya.


Khir Toyo yang masih lagi terkejut kejutan meletakkan kekalahannya disebabkan cerita Balkis. Memang lah. Bila wang negara dibuat seperti wang sendiri, itulah jadinya. Cuma generasi sebelum yang terlepas adalah kerana semasa pemerintahan mereka, tidak berlaku perubahan tampuk pemerintahan. Maka pekung mereka tidak disingkap. Tetapi zaman Khir Toyo, cerita berubah. Rakyat buat perubahan. Kenalah tanggung padahnya.

UMNO Kelantan pula kata berilah Khairy peluang untuk membuktikan dirinya. Saya rasa bukan Khairi sahaja, tetapi semua yang menang tu patut diberi peluang. Tapi jangan jadi macam UMNO yang menuduh PR bila diberi betis nak peha, dapat peha nak seluar dalam. Dapat seluar dalam nak seluar panjang.


Tetapi dalam diri UMNO itu sendiri terpancar rasa gerun yang sentiasa menghantui mereka. UMNO sedang menggelongsor. Tanpa brek. Graviti semakin menarik UMNO ke bawah.

Sekarang musuh utama UMNO ialah graviti.

Thursday, May 1, 2008

I.S.A. DAN PERANG KHANDAQ

Assalamualailum,

Dalam perang Khandaq, Negara Islam Madina telah digugat oleh gabungan Ahzab yang terdiri dari Quraisy dari Makkah yang dipimpin oleh Abu Sufian, kumpulan Ghatafan dan Bani Quraizah. Gabungan ini bertujuan untuk menghancurkan orang Islam dan negara Islam Madina.
Bani Quraizah adalah kumpulan orang Yahudi yang menjadi sebahagian daripada kumpulan yang telah menerima piagam Madina yang mana mereka setuju untuk bernaung dalam negara Islam Madina dan menjadikan Rasulullah sebagai ketua mereka. Tetapi dalam perang Khandaq, mereka telah belot dan bergabung pula dengan musuh dengan tujuan untuk menjahanamkan Islam, orang Islam dan negara Islam. Ini jelas menunjukkan mereka adalah bahaya bagi keselamatan negara Islam Madina, dan dengan itu Bani Quraizah ini adalah ancaman yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.
Pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kumpulan yang mengancam keselamatan negara ini bukanlah dengan cara meyumbat mereka ke dalam penjara tanpa bicara seperti yang dilakukan oleh ISA.
Setelah Quraisy dan puak Ghatafan diporak perandakan oleh ribut besar yang menyebabkan mereka terus undur daripada menyerang Madina, dan setelah tentera Islam kembali ke Madina, Jibril telah memberi tahu Rasulullah s.a.w. supaya pergi ke kawasan Bani Quraizah untuk menyelesaikan isu ingkar perjanjian yang telah mereka lakukan. Kawasan dan kubu mereka telah dikepung selama 25 hari, dan akhirnya mereka menyerah diri. Setelah ini, Rasulullah s.a.w. telah mengadili mereka, dengan maksud dinyatakan pertuduhan terhadap mereka, dan disediakan mahkamah bagi mereka supaya mereka dapat diadili.
Perhatikan mutu keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam kes ini: siapakah orang yang kamu ingin dijadikan hakim? sabda baginda kepada pemuka bani Quraizah. Menunjukkan di sini baukan mereka tertuduh diberi peluang untuk dihadapkan ke mahkamah, tetapi diberi peluang pula untuk menentukan hakim pilihan mereka sendiri; sebabnya ialah pertuduhan ini adalah pertuduhan yang berat, yang mengancam keselamatan negara, maka pihak yang dituduh itu hendaklah diberi peluang seluanya untuk mempertahankan diri di mahkamah.
Pemuka Bani Quraizah mengemukakan nama Sa'ad bin Mu'az , ketua Bani Aus. Sahabat ini adalah bekas sekutu Bani Quraizah semasa jahiliyah. Politik mereka ialah Sa'ad bin Mu'az akan menyebelahi mereka seperti kebiasaannya semasa jahiliyah.
Mengenai Sa'ad bin Mu'az pula dalam perang Khandaq seorang tentera musyrik telah memanah beliau dan mengenai lengannya dan menusuk hingga ke urat halusnya. Bahagian ini adalah amat sukar untuk diubati, dan kalau terkena panah, kemungkinan mati adalah tinggi. Darah Sa'ad mengalir setitis demi setitis menjumpai Allah.
Melihat ini, Rasulullah s.a.w. mendirikan satu kemah dalam masjid dan Sa'ad dibaringkan di dalamnya untuk mendapatkan rawatan. Sa'ad sendiri yang darahnya terus mengalir membasahi kemah menatap ke arah kiblat dan berdoa: Ya Allah, jika Engkau dan Rasul Mu s.a.w. bermaksud untuk meneruskan perang terhadap orang orang Yahudi, maka biarkan aku hidup untuk mengikuti perang itu. Jika tidak matikanlah aku ketika ini juga.
Apabila Bani Quraizah memilih Sa'ad bin Mu'az untuk menjadi hakim, maka Rasulullah s.a.w. mengutus orang untuk menjemput Sa'ad bagi menyelesaikan masalah negara yang sangat penting ini.
Menurut Abdullah Yusuf Ali, penterjemah Al Qur'an ke Bahasa Inggeris dalam komentarnya mengenai ayat 26 Surah Al Ahzab (nota kaki no. 3703), beliau menulis bahawa Sa'ad bin Mua'z menggunakan Undang-Undang Yahudi dari Kitab Taurat, yang mana undang undang ini tidak membawa hukuman seberat yang layak bagi jenayah yang telah dilakukan oleh Bani Quraizah.
Dalam kes seperti ini, undang-undang Yahudi dalam Taurat menyediakan dua pilihan:
1. Dalam Deut xx 10-18: the treatment of a city which is very far off from thee
2. the treatment of a city of those people which the Lord thy God does give thee for an inheritance iaitu cukup hampir untuk merosakkan ugama Yahudi.
Kalau diambil pilihan nombor 2, maka hukumannya ialah penghapusan menyeluruh, seperti dalam Taurat Deut xx 16: thou shall ave alive nothing that breatheth.
Mengikut standard atau piawai Yahudi pada ketika itu, kesalahan Bani Quraizah melayakkan mereka dikenakan hukuman penghapusan menyeluruh, samada lelaki, perempuan atau kanak kanak. Mereka pada ketika kesahalan dilakukan berada di bumi Madina dan telah ingkar perjanjian serta membantu musuh untuk memusnahkan negara Islam Madina.
Sa'ad bin Muaz telah memilih pilihan pertama yang lebih lembut yang termaktub dalam undang undang Yahudi: Taurat; Deut 13-14 : thou shall smite every male thereof with the edge of the sword: but the women and the little ones, and the cattle, and all that is in the city, even all the spoil thereof, shalt thou take unto thyself; and thou shalt eat the spoil of the nine enemies, which the Lord thy God nath given thee.
Sa'ad bin Muaz memutuskan: Aku putuskan bahawa setiap yang ikut dalam perang Khandaq diantara mereka (orang-orang Bani Quraizah), mesti dibunuh sekarang juga, kaum wanita dan kanak-kanak ditawan, dan harta benda mereka dirampas.
Selang beberapa hari selepas itu Sa'ad bin Mu'az kembali ke rahmatullah.
Jadi Sirah Rasulullah dan Al Qur'an sendiri (Al Ahzab:26) telah menetapkan sekiranya ada pertuduhan, samada yang mengancam keselamatan negara atau sebagainya, maka yang tertuduh hendaklah dihadapkan ke muka pengadilan. Sekiranya bersalah, jatuhkan hukaman. Sekiranya tidak bersalah, bebaskan.
Menangkap dan memenjara tanpa perbincaraan seperti dalam ISA adalah zalim.
Kaitan dengan post yang berkaitan dengan Hidayatus Salikin ialah: Imam Al Ghazali mengatakan tidak boleh makan harta orang yang jelas zalim. Jadi sebelum anda menerima belanja orang, tanya orang itu dia sokong atau tidak ISA. Kalau dia sokong, jelas zalim, tak boleh makan harta dia.
Moral of the story: jangan bersekongkol dengan orang zalim

Sunday, August 2, 2009

I.S.A. ZALIM : satu reprint

Assalamualaikum,

Saya post kan semula posting yang dibuat pada 27/4/2008, dengan sedikit touch up:


Dalam perang Khandaq, Negara Islam Madina telah digugat oleh gabungan Ahzab yang terdiri dari Quraisy dari Makkah yang dipimpin oleh Abu Sufian, kumpulan Ghatafan dan Bani Quraizah. Gabungan ini bertujuan untuk menghancurkan orang Islam dan negara Islam Madina.


Bani Quraizah adalah kumpulan orang Yahudi yang menjadi sebahagian daripada kumpulan yang telah menerima piagam Madina yang mana mereka setuju untuk bernaung dalam negara Islam Madina dan menjadikan Rasulullah sebagai ketua mereka. Tetapi dalam perang Khandaq, mereka telah belot dan bergabung pula dengan musuh dengan tujuan untuk menjahanamkan Islam, orang Islam dan negara Islam. Ini jelas menunjukkan mereka adalah bahaya bagi keselamatan negara Islam Madina, dan dengan itu Bani Quraizah ini adalah ancaman yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.


Pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kumpulan yang mengancam keselamatan negara ini bukanlah dengan cara meyumbat mereka ke dalam penjara tanpa bicara seperti yang dilakukan oleh I.S.A.


Setelah Quraisy dan puak Ghatafan diporak perandakan oleh ribut besar yang menyebabkan mereka terus undur daripada menyerang Madina, dan setelah tentera Islam kembali ke Madina, Jibril telah memberi tahu Rasulullah s.a.w. supaya pergi ke kawasan Bani Quraizah untuk menyelesaikan isu ingkar perjanjian yang telah mereka lakukan.

Kawasan dan kubu mereka telah dikepung selama 25 hari, dan akhirnya mereka menyerah diri. Setelah ini, Rasulullah s.a.w. telah mengadili mereka, dengan maksud dinyatakan pertuduhan terhadap mereka, dan disediakan mahkamah bagi mereka supaya mereka dapat diadili.

[berbeza dengan I.S.A. mereka yang kononnyna dituduh mengancam keselamatan negara tidak dikemukakan pertuduhan di mahkamah, malah tidak dibicarakan langsung]


Perhatikan mutu keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam kes ini:

Siapakah orang yang kamu ingin dijadikan hakim?

Sabda baginda kepada pemuka bani Quraizah. Menunjukkan di sini bukan sahaja mereka tertuduh diberi peluang untuk dihadapkan ke mahkamah, tetapi diberi peluang pula untuk menentukan hakim pilihan mereka sendiri; sebabnya ialah pertuduhan ini adalah pertuduhan yang berat, yang mengancam keselamatan negara, maka pihak yang dituduh itu hendaklah diberi peluang seluasnya untuk mempertahankan diri di mahkamah.


Pemuka Bani Quraizah mengemukakan nama Sa'ad bin Mu'az , ketua Bani Aus. Sahabat ini adalah bekas sekutu Bani Quraizah semasa jahiliyah. Politik mereka ialah Sa'ad bin Mu'az akan menyebelahi mereka seperti kebiasaannya semasa jahiliyah.


Mengenai Sa'ad bin Mu'az pula dalam perang Khandaq seorang tentera musyrik telah memanah beliau dan mengenai lengannya dan menusuk hingga ke urat halusnya. Bahagian ini adalah amat sukar untuk diubati, dan kalau terkena panah, kemungkinan mati adalah tinggi. Darah Sa'ad mengalir setitis demi setitis menjumpai Allah.


Melihat ini, Rasulullah s.a.w. mendirikan satu kemah dalam masjid dan Sa'ad dibaringkan di dalamnya untuk mendapatkan rawatan. Sa'ad sendiri yang darahnya terus mengalir membasahi kemah menatap ke arah kiblat dan berdoa: Ya Allah, jika Engkau dan Rasul Mu s.a.w. bermaksud untuk meneruskan perang terhadap orang orang Yahudi, maka biarkan aku hidup untuk mengikuti perang itu. Jika tidak matikanlah aku ketika ini juga.


Apabila Bani Quraizah memilih Sa'ad bin Mu'az untuk menjadi hakim, maka Rasulullah s.a.w. mengutus orang untuk menjemput Sa'ad bagi menyelesaikan masalah negara yang sangat penting ini.


Menurut Abdullah Yusuf Ali, penterjemah Al Qur'an ke Bahasa Inggeris dalam komentarnya mengenai ayat 26 Surah Al Ahzab (nota kaki no. 3703), beliau menulis bahawa Sa'ad bin Mua'z menggunakan Undang-Undang Yahudi dari Kitab Taurat, yang mana undang undang ini tidak membawa hukuman seberat yang layak bagi jenayah yang telah dilakukan oleh Bani Quraizah.


Dalam kes seperti ini, undang-undang Yahudi dalam Taurat menyediakan dua pilihan:

1. Dalam Deut xx 10-18: the treatment of a city which is very far off from thee
2. the treatment of a city of those people which the Lord thy God does give thee for an inheritance iaitu cukup hampir untuk merosakkan ugama Yahudi.


Kalau diambil pilihan nombor 2, maka hukumannya ialah penghapusan menyeluruh, seperti dalam Taurat Deut xx 16: thou shall leave alive nothing that breatheth.


Mengikut standard atau piawai Yahudi pada ketika itu, kesalahan Bani Quraizah melayakkan mereka dikenakan hukuman penghapusan menyeluruh, samada lelaki, perempuan atau kanak kanak. Mereka pada ketika kesalahan dilakukan berada di bumi Madina dan telah ingkar perjanjian serta membantu musuh untuk memusnahkan negara Islam Madina.


Sa'ad bin Muaz telah memilih pilihan pertama yang lebih lembut yang termaktub dalam undang undang Yahudi: Taurat; Deut 13-14 : thou shall smite every male thereof with the edge of the sword: but the women and the little ones, and the cattle, and all that is in the city, even all the spoil thereof, shalt thou take unto thyself; and thou shalt eat the spoil of the nine enemies, which the Lord thy God hath given thee.

Sa'ad bin Muaz memutuskan: Aku putuskan bahawa setiap yang ikut dalam perang Khandaq diantara mereka (orang-orang Bani Quraizah), mesti dibunuh sekarang juga, kaum wanita dan kanak-kanak ditawan, dan harta benda mereka dirampas.


Selang beberapa hari selepas itu Sa'ad bin Mu'az kembali ke rahmatullah.

Jadi Sirah Rasulullah dan Al Qur'an sendiri (Al Ahzab:26) telah menetapkan sekiranya ada pertuduhan, samada yang mengancam keselamatan negara atau sebagainya, maka yang tertuduh hendaklah dihadapkan ke muka pengadilan. Sekiranya bersalah, jatuhkan hukuman. Sekiranya tidak bersalah, bebaskan.


Menangkap dan memenjara tanpa perbincaraan seperti dalam I.S.A adalah zalim.

I.S.A. adalah zalim, dan di dunia ini, ada 3 negara sahaja mengamalkan I.S.A. :Malaysia, Singapura dan Israel.

Amerika pun bila nak tangkap orang dan sumbat dalam penjara tanpa bicara melakukannya di luar USA, di Guantanamo.

Wednesday, April 20, 2011

KEPADA PUAK ZALIM

Assalamualaikum,

Usrah last night sampai ke surah Al Ahzab, round ke 2, setelah hampir 22 tahun berlangsung usrah ini. Nak khatamkan satu Qur'an makan juga 10-12 tahun. Surah ini ada cerita tentang perang Ahzab atau Khandaq. Aku teringat juga posting yang dulu yang berkaitan dengan hal ini. 

Di sini copy & paste sekali lagi:

Thursday, May 1, 2008


I.S.A. DAN PERANG KHANDAQ

Assalamualailum,

Dalam perang Khandaq, Negara Islam Madina telah digugat oleh gabungan Ahzab yang terdiri dari Quraisy dari Makkah yang dipimpin oleh Abu Sufian, kumpulan Ghatafan dan Bani Quraizah. Gabungan ini bertujuan untuk menghancurkan orang Islam dan negara Islam Madina.
Bani Quraizah adalah kumpulan orang Yahudi yang menjadi sebahagian daripada kumpulan yang telah menerima piagam Madina yang mana mereka setuju untuk bernaung dalam negara Islam Madina dan menjadikan Rasulullah sebagai ketua mereka. Tetapi dalam perang Khandaq, mereka telah belot dan bergabung pula dengan musuh dengan tujuan untuk menjahanamkan Islam, orang Islam dan negara Islam. Ini jelas menunjukkan mereka adalah bahaya bagi keselamatan negara Islam Madina, dan dengan itu Bani Quraizah ini adalah ancaman yang sangat berbahaya kepada keselamatan negara.
Pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap kumpulan yang mengancam keselamatan negara ini bukanlah dengan cara meyumbat mereka ke dalam penjara tanpa bicara seperti yang dilakukan oleh ISA.
Setelah Quraisy dan puak Ghatafan diporak perandakan oleh ribut besar yang menyebabkan mereka terus undur daripada menyerang Madina, dan setelah tentera Islam kembali ke Madina, Jibril telah memberi tahu Rasulullah s.a.w. supaya pergi ke kawasan Bani Quraizah untuk menyelesaikan isu ingkar perjanjian yang telah mereka lakukan. Kawasan dan kubu mereka telah dikepung selama 25 hari, dan akhirnya mereka menyerah diri. Setelah ini, Rasulullah s.a.w. telah mengadili mereka, dengan maksud dinyatakan pertuduhan terhadap mereka, dan disediakan mahkamah bagi mereka supaya mereka dapat diadili.
Perhatikan mutu keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam kes ini: siapakah orang yang kamu ingin dijadikan hakim? sabda baginda kepada pemuka bani Quraizah. Menunjukkan di sini bukan sahaja mereka yang tertuduh diberi peluang untuk dihadapkan ke mahkamah, tetapi diberi peluang pula untuk menentukan hakim pilihan mereka sendiri; sebabnya ialah pertuduhan ini adalah pertuduhan yang berat, yang mengancam keselamatan negara, maka pihak yang dituduh itu hendaklah diberi peluang seluasnya untuk mempertahankan diri di mahkamah.
Pemuka Bani Quraizah mengemukakan nama Sa'ad bin Mu'az , ketua Bani Aus. Sahabat ini adalah bekas sekutu Bani Quraizah semasa jahiliyah. Politik mereka ialah Sa'ad bin Mu'az akan menyebelahi mereka seperti kebiasaannya semasa jahiliyah.
Mengenai Sa'ad bin Mu'az pula dalam perang Khandaq seorang tentera musyrik telah memanah beliau dan mengenai lengannya dan menusuk hingga ke urat halusnya. Bahagian ini adalah amat sukar untuk diubati, dan kalau terkena panah, kemungkinan mati adalah tinggi. Darah Sa'ad mengalir setitis demi setitis menjumpai Allah.
Melihat ini, Rasulullah s.a.w. mendirikan satu kemah dalam masjid dan Sa'ad dibaringkan di dalamnya untuk mendapatkan rawatan. Sa'ad sendiri yang darahnya terus mengalir membasahi kemah menatap ke arah kiblat dan berdoa: Ya Allah, jika Engkau dan Rasul Mu s.a.w. bermaksud untuk meneruskan perang terhadap orang orang Yahudi, maka biarkan aku hidup untuk mengikuti perang itu. Jika tidak matikanlah aku ketika ini juga.
Apabila Bani Quraizah memilih Sa'ad bin Mu'az untuk menjadi hakim, maka Rasulullah s.a.w. mengutus orang untuk menjemput Sa'ad bagi menyelesaikan masalah negara yang sangat penting ini.
Menurut Abdullah Yusuf Ali, penterjemah Al Qur'an ke Bahasa Inggeris dalam komentarnya mengenai ayat 26 Surah Al Ahzab (nota kaki no. 3703), beliau menulis bahawa Sa'ad bin Mua'z menggunakan Undang-Undang Yahudi dari Kitab Taurat, yang mana undang undang ini tidak membawa hukuman seberat yang layak bagi jenayah yang telah dilakukan oleh Bani Quraizah.
Dalam kes seperti ini, undang-undang Yahudi dalam Taurat menyediakan dua pilihan:
1. Dalam Deut xx 10-18: the treatment of a city which is very far off from thee
 
2. the treatment of a city of those people which the Lord thy God does give thee for an inheritance iaitu cukup hampir untuk merosakkan ugama Yahudi.
Kalau diambil pilihan nombor 2, maka hukumannya ialah penghapusan menyeluruh, seperti dalam Taurat Deut xx 16: thou shall ave alive nothing that breatheth.
Mengikut standard atau piawai Yahudi pada ketika itu, kesalahan Bani Quraizah melayakkan mereka dikenakan hukuman penghapusan menyeluruh, samada lelaki, perempuan atau kanak kanak. Mereka pada ketika kesahalan dilakukan berada di bumi Madina dan telah ingkar perjanjian serta membantu musuh untuk memusnahkan negara Islam Madina.
Sa'ad bin Muaz telah memilih pilihan pertama yang lebih lembut yang termaktub dalam undang undang Yahudi: Taurat; Deut 13-14 : thou shall smite every male thereof with the edge of the sword: but the women and the little ones, and the cattle, and all that is in the city, even all the spoil thereof, shalt thou take unto thyself; and thou shalt eat the spoil of the nine enemies, which the Lord thy God nath given thee.
Sa'ad bin Muaz memutuskan: Aku putuskan bahawa setiap yang ikut dalam perang Khandaq diantara mereka (orang-orang Bani Quraizah), mesti dibunuh sekarang juga, kaum wanita dan kanak-kanak ditawan, dan harta benda mereka dirampas.
Selang beberapa hari selepas itu Sa'ad bin Mu'az kembali ke rahmatullah.
Jadi Sirah Rasulullah dan Al Qur'an sendiri (Al Ahzab:26) telah menetapkan sekiranya ada pertuduhan, samada yang mengancam keselamatan negara atau sebagainya, maka yang tertuduh hendaklah dihadapkan ke muka pengadilan. Sekiranya bersalah, jatuhkan hukaman. Sekiranya tidak bersalah, bebaskan.
Menangkap dan memenjara tanpa perbincaraan seperti dalam ISA adalah zalim.
Kaitan dengan posting/entry yang berkaitan dengan Hidayatus Salikin ialah: Imam Al Ghazali mengatakan tidak boleh makan harta orang yang jelas zalim.
Jadi sebelum anda menerima belanja orang, tanya orang itu dia sokong atau tidak ISA. Kalau dia sokong, jelas zalim, tak boleh makan harta dia.
Moral of the story: jangan bersekongkol dengan orang zalim

Tuesday, September 9, 2008

GEGAK 16 SEPTEMBER MEMANG GEMPITA

Assalamualaikum,


Sebutir tarikh kecil yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim ke lautan politik di Malaysia menghasilkan satu kocakan yang kian membadai dan kian menjelma menyerupai tsunami. Ia telah menjadi satu gegak yang semakin hari semakin gempita. Betapakan tidak, anda telah saksikan 49 ahli BNBBC telah lari untuk mengelak direntap oleh kegempitaan tersebut. Adakah anda mereka ke luar negara untuk santai santai dan shopping shopping saja? Sebenarnya mereka mendesupkan diri agar tidak disambar oleh gempita yang semakin hampir.
Apabila gempita semakin merapat, anda akan jadi gelabah. Lihat bagaimana Ahmad Ismail mencari semakin banyak musuh politik dengan hentaman terbarunya kepada GERAKAN. Sudah tentu ini akan menggamat dan menggempitakan menyuarat BN yang dijadual berlangsung hari ini. Dan lihat bagaimana GERAKAN sekarang jadi terumbang ambing, sebahagian orangnya telah pun melompat ke PKR dan tentulah ini nanti akan diikuti oleh penyokong mereka.
Kan anda boleh saksikan sendiri bagaimana PM sekarang ini menjadi semakin lemas, nasib baik ada Jeanne menghiburkan hati. Bukankah anda juga boleh saksikan seorang ahli politik machiaveli sejati yang hari ini mengeluarkan statisktik mengenai bilangan ahli parlimen Melayu dan bukan Melayu yang akan terjumlah sekiranya berlaku lompatan yang dinantikan itu, seolah olah beliau telah arif sangat dengan lompat melompat ni. Dan anda juga boleh baca komentar pelbagai pak menteri yang menadakan 16 September ini dengan nada meremeh tetapi risau. Apakah semua petanda ini cuba tunjukkan?
Ramai yang menyuarakan menukar kerajaan dengan cara lompat adalah tidak bermoral dan merampas hak rakyat. 1955 menyaksikan kerajaan PAS Terangganu ditumbangkan oleh Perikatan tok moyang BN dengan cara pintu belakang ini.
Siapa yang mendahului tidak bermoral?Atau gempita ini sudah tidak tertanggung lagi?

Saturday, October 24, 2009

BACA KOMEN KOMEN

Assalamualaikum,

5 comments:

Anonymous said...

gilo ko tok guru kita nih???

murysidul am apa yg sanggup tengok parti dia berpecah.

Anonymous said...

demo jange kato gitu kan demo gilo.

Anonymous said...

Ahamdulillah, Tg Ahmad Ritahudeen menjemput TGNA untuk merasamikan masjid yang beliau biayai.

Ini adalah satu pebgiktirafan kepada PAS dan TGNA. Tg Ahmad Ritahudeen adalah pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan bekas pemimpin kanan UMNO.

Beliau boleh menjemput NTR atau Muhyidin untuk merasmikan masjid berkenaan jika beliau ingin memberi political mileage kepada UMNO. tapi beliau menjemput TGNA.

That speaks volume of PAS stature and obviously of TGNA in the eye of an UMNO stalwart.

bat8

Anonymous said...

wow raamainya kaki UMNO cybertrooper masuk kat laman web pro PAS.

Takpelah, cara mereka walaubagimanapun banyak memberi manafaat kepada PAS dengan komentar-komentar standard otak kat tapak kaki.

bat8

dulukini said...

tok guru tak gila la. dia buat cadangan tu sebab orang dalam PAS dah gila kuasa utk bersama parti rasuah BN, itu aje.

Bagi aku yg lagi gila adalah orang yang sokong rasuah.

Re: Kenapa Nik Aziz melenting? (Score: 1)
by abuamar on Saturday, October 24 @ 07:14:22 PDT
(User Info | Send a Message)

sebenarnya ramai ahli akarumbi pas juga berasa curiga dg tindaktanduk Dr hasan Ali.

kita pun nak tau juga apa motif sebenar dia.

atau benarkah kata pepatah: di puncak sebuah bukit,tidak boleh ada 2 ekor harimau??


3 comments:

alfakawi said...

maaf. saya rasa pimpinan perlu smat bila berhadapan dgn media.
Yg ni mgkin blh difikirkan
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/6739

alfakawi said...

smart

Anonymous said...

Pemimpin macam ni patut lama di buang - langsung tak berguna


30 Comments

Close this window Jump to comment form
Blogger prang pnjang said...

PAS perlukan Muktamar Khas bagi tujuan pembersihan dari golongan yang tidak bertanggungjawab. Manusia ni kekadang pandai berpura-pura. Bertopeng untuk berperanan bila-bila masa perlu. Golongan ini perlu dihapuskan dari PAS

October 24, 2009 3:21 PM

Anonymous Anonymous said...

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Nik Aziz Nik Mat adalah seorang Mason,kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 75%.Kenapa?Sebab dialah Parti Pas banyak mendapat susah sekarang.Bila Pas nak muzakarah dengan Umno,kenapa si tua ni tak sungguh-sungguh?Bila gagal,boleh kutuk-kutuk Umno pula.Bila Hadi Awang nak buat Kerajaan Perpaduan,si tua ni lagi yang buat masalah.Agaknya dia anggap orang Umno ni ibarat najis anjing.Tidak boleh disentuh langsung.Haram.Nama Allah boleh dipakai oleh paderi gereja?Biar betul si tua ni.Pelik dan semakin pelik.Amat teruk penghinaan dia terhadap ahli Umno.Tidak beragak langsung.Mengapa dia tidak memilih imej pemimpin berakhlak mulia dan sopan sebaliknya memilih untuk bermulut celupar dan menjauhkan lagi hidayah kepada orang Umno kepada agama Islam sendiri?Betul-betul pening dengan si bangka ini.

October 24, 2009 3:41 PM

Anonymous Anonymous said...

Nasha,Hadi Awang,cikgu PA dan geng Trengganu diminta dgn hormat keluar dari PAS dan join umno.selesai masaalah isu perpaduan

October 24, 2009 4:17 PM

Anonymous Tobat Aku Benci UMNO said...

Anon 3:41pm,

salah tu... UMNO bukan tahi anjing...
tapi sebenarnya TAHI BABI sama macam ko tuh...

October 24, 2009 5:00 PM

Blogger pria malaya said...

wa setuju dgn wak...insyallah, jika kesempatan, wa akan usulkan beberapa soalan penting utk wak ajukan kpd presiden nanti..

October 24, 2009 5:14 PM

Blogger Melayu Berwawasan said...

ulama ni merupakan seorang yang mulia jiwanya dan bersabar dengan tutur katanya.bila sesuatu isu seperti bergini tak dapat mengawal perasaan ..apa ni?semua.....

October 24, 2009 5:17 PM

Anonymous Muhammad Syawal said...

Al Banjari,
Masaalah dalam PAS sebenarnya tidaklah teruk sangat.Pandangan Anon 4.17pm(diatas) jika mereka(Geng UG) terima,demi kebaikan PAS - masaalah sudah selesai.Itu sahaja,tak perlu lagi buat Muktamar Khas.

October 24, 2009 5:19 PM

Anonymous denaihati said...

Sudah tiada lagi KESEDERHANAAN dalam PAS. Tangan sering menunjuk orang lain salah, orang lain tidak islam, orang lain tidak masuk syurga TANPA disedari 4 jari lagi menunjuk kepada diri kita sendiri. Adakah ini ujian dari ALLAH atau syaitan sedang memporak perandakan PAS akibat ke EGOan PAS sendiri ...ingatan untuk aku bahawa manusia tidak akan sesekali boleh lebih daripada ALLAH yang setiap hari MEMAAFKAN hambaNya.

October 24, 2009 5:20 PM

Anonymous Muhammad Syawal said...

Al Banjari,

Sebenarnya masaalah dalam PAS ni tidaklah seberat mana.Kalau pihak yang berkenaan(Geng UG) nama-nama sebagaimana yang disebut anon 4.17pm(diatas)mengundur diri dari jawatan-jawatan mereka.Selesai masaalah,tak payah nak adakan Muktamar Khas.
Gulungan ini merupakan barah dalam PAS dan sekiranya barah tu dah tak ada - PAS akan kembali sihat.Itu saja.

October 24, 2009 5:33 PM

Anonymous Anonymous said...

Manusia bila berkuasa lupa akan dari mana kuasa itu datang. Walaupun dalam jemaah PAS mereka tetap manusia. Jika ingin kuasa carilah betul2 dan jangan pula malu bersembunyi di sebalik jemaah PAS. Masuklah UMNO sesungguhnya janji Allah adalah benar....... Hidup Islam...

Abdullah bin Ubai Punya keturunan....

October 24, 2009 5:40 PM

Anonymous Anonymous said...

Ape yg ssh sgt ni???? TGNA dh ckp, klu kptsn EGM tu nk kekalkn pemimpin2 pro-UMNO ni, dia sdri akn sokong.. Tok Guru berckp ats dasar mempertahankn kptsn muktamar yg lps, yg sewenang2nya telah di perlekehkan oleh pemimpin2 PRO-UG. So, utk jelaskan keadaan & hala tuju PAS, buat ketetapan baru yg lebih jelas & konkrit. Apsal hgpa dok pk smpai nk pecah kpla ni?? Niat TGNA tu mmg ptt di sokong spnhnya. Hy segelintir yg takut utk berhdpn dgn kemungkinan di singkirkan shj yg kuat menentang.

#soklan sy kpda hj hadi, kenapa kebanyakan pemimpin2 yg dipilihnya sblm ini lbih menggambarkan pemilihan scra proksi. Ssh sgt ke nk bertindak pantas untuk betulkan ape yg npk tk btl???

October 24, 2009 5:57 PM

Blogger bashir_rahim said...

TGNA harus letak jawatan dan bersara dari politik. Beliau menjadi tempat anai-anai dalam PAS (ERDOGAN) berlindung. ketiadaan beliau akan menghancurkan puak erdogan. BERSAMA SELAMATKAN PAS

October 24, 2009 6:00 PM

Anonymous Anonymous said...

Tuan Guru Nik Aziz adalah pemimpin PAS yang paling berjaya. Hj Hadi adalah pemimpin PAS yang gagal. Jika PAS nak berjaya, dengar cakap Tuan Guru Nik Aziz. Kalau nak gagal, ikutlah nasihat Hj Hadi. Wala', jangan tak wala'!

October 24, 2009 6:31 PM

Anonymous Amru said...

saya berpendapat tokguru nik aziz amat tidak rasional dan mengenepikan adab-adab Islam serta semangat ukhuwwah Islamiyah melalui kenyataannya.

beliau mursyidul am - beliau boleh memanggil Presiden, Timbalan, Hasan Ali atau Mustafa Ali bila2 masa sekiranya beliau ada sebarang keraguan akibat daripada cerita2 yg dibawa org.

takkan lah hanya kerana kenyataan aziz bari dan 60 orang drp sabah/sarawak menjadi sandaran utk tokguru menyerang Presiden dan memngungkit semula isu UG yang dah lama terpadam.

kalaupun tokguru terdengar semula isu UG tu, beliau sepatutnya mendengar sendiri penjelasan drp mulut Presiden samada betul atau tidak, bukannya menulis di dalam blog laksana blogger tepi jalan yg kepanasan.

October 24, 2009 7:48 PM

Anonymous Anonymous said...

Jgn lupa,yg Allah itu MAHA mengetahui,apa yg nyata dan apa yg tersembunyi.Sebenarnya kalau Allah swt nak beri kuasa pemerintahan pada parti PAS,seudah lama ALLAh swt berikan,tapi dgn sifat ALLAH swt itu maha mengetahui,apa yg baik dan apa yg buruk,maka ALLAH swt masih lagi belum buat keputusan utk memberikan pemerintahan dan kuasa pada PAS.Jika kita lihat sesetengah individu dalam PAS sudah memadai.Antaranya dulu begitu bersungguh utk menegak syiar islam(mungkin masa tu NIAT masih betul)tapi kini,dalam diri sendiri,islam itu sudah hilang.Sebagai contoh,kalau dulunya tidak malu utk memakai pakaian yg melambangkan dirinya itu seorang islam,pakaian sunnah,iaitu kepiah dan sarban di kepala,jubah di badan,tapi kini semua itu sudah hilang,yg tinggal hanya lah pakaian ciptaan yahudi dan nasrani,yg membuat mereka menjadi bongkak dan takbur bila memakainya.Malah kepiah diatas kepala sudah hilang dan tidak Istiqamah lagi memakainya.Nah,cuba kita bayangkan dan lihat,ini belum lagi diberi izin oleh ALLAh swt untk memerintah seluruh negara,sunnah nabi sudah diabaikan malah ditinggalkan terus,apa lagi jika diberi kuasa dan kedudukan yg besar,maka sudah tentu lagi perkara yg lebih mungkar akan dilakukan.Maka mari lah kita sama2 bermuhasabah diri kita sebagai org islam dan umat nabi saw.Mari lah kita sama2 kembali kepada islam yg sebenarnya,dan kembali membetulkan niat utk menegakan kalimah ALLAH swt diatas muka bumi ini,bukan sekadar perjuangan politik di bumi Malaysia ini.MAri lah kita sama2 fikir diatas seluruh umat manusia yg rata2nya yg islam sudah jauh dari amalan islam yg sebenarnya,dan begitu ramai manusia yg masih belum kenal pada islam yg dahagakan agama yg benar,tapi panduan dan contoh dari org islam sendiri tidak mengambarkan kebaikan dan kesucian islam itu sendiri.Semoga ALLAh swt ampunkan saya yg hina ini diatas tulisan dan pandangan saya ini,semoga ALLAH swt ampunkan kita semua diatas kejahilan dan kesilapan yg telah kita lakukan,dan semoga ALLAH swt sebarkan hidayat dan pentunjuk utk menerangi seluruh perusuk bumi inia agar manusia kembali menyembah ROB nya yg sebenar iaitu yg maha esa,Tuhan yg satu,tuhan yg mengusai segala sesuatumtuhan yg menghidupkan dan mematikan.AMIN...

Al-Fatani

October 24, 2009 7:49 PM

Anonymous Anonymous said...

http://tehranifaisal.blogspot.com

Sudah tiba masanya PAS (Majlis Syura) secara serius menggantikan Mursyidul Am PAS yang kian hari kian nanar dan semakin tua. Kewibawaan beliau juga semakin pudar. Kebijaksanaan mencerna masalah sudah semakin terhakis. Beliau hanya mendengar'acuman' satu pihak seakan-akan PAS hanya ada satu jalur. Beliau gagal menjadi bapa yang adil untuk semua anak-anaknya. Orang yang tidak patut dibela contohnya beria-ia dipertahankan (usaha menyingkirkan beliau pernah saya tulis di blog ini: lihat sini). Sebagai 'orang PAS' apabila Presiden yang dipilih secara demokratik mahu disingkirkan semata-mata kerana ingin mempertahankan parasit dari luar maka saya rasa itu sudah melampau.

Merujuk perlembagaan PAS, Fasal 7: Hukum, Kekuasaan dan 'Majlis Syura Ulama' pada bahagian 4 kurungan (d) adalah ditegaskan mesyuarat majlis syura ulama berhak melantik Mursyidul Am dan Timbalannya dalam kalangan ahli majlis tersebut. Jawatan Mursyidul Am ada had masanya iaitu 3 tahun (ulangan:3 tahun); dengan syarat ia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama dan boleh pula diperbaharui setelah tamattempoh (sekarang rasanya ada keperluan untuk tidak memperbaharui kedudukan beliau di situ). Dari segi lama memerintah beliau sudah hampir menyamai lamanya rekod Mahathir, Isa Samad dan mungkin juga mendiang Deng Xiao Ping. Kalau alasannya untuk terus memerintah kerana dapat buat pahala, maka tidakkah itu semacam menutup peluang orang lain untuk buat pahala juga?

Kecenderungan Mursyidul Am sekarang mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada kumpulan moderat-liberal dalam parti Islam tersebut memualkan. Bukan sahajabeliau galak menyokong tokoh-tokoh berpalit mungkar, beliau ikut turun padang melancarkan buku aktivis Islam Liberal yang menurut sesetengah ahli PAS begitu menjolok mata. Usah bicara lagi tentang taghut dan kejahatan zionis.

Cerita-cerita tentang ketidakberdayaan beliau untuk mengawal tokoh tertentu di Kelantan semakin riuh kedengaran. Insya-Allah senjata akan makan tuan. Silakan panggil muktamar khas. Bincangkan dengan terbuka. Presiden boleh menjelaskan secara terang-terang mengapa beliau kian ragu dengan 'orang itu'. Banyak yang boleh dijejerkan. Pujian 'orang itu' buat Salman Rushdie (pencaci NabiMuhammad saw) sebagai profound sudah memadai untuk menggetarkan serta meremuk redamkan hati kita yang benar-benar ikhlas dengan Rasulullah saw.

Sayaingin bertanya, adakah keperluan menyingkir Haji Abdul Hadi Awang?Apakah manfaat yang akan didapati? Apakah mudarat yang mungkin kita tempuhi? Adakah hasrat beliau memanggil muktamar khas itu keranamendengar 'hasutan' parasit luar? Tidakkah boleh dia bertenang dari melenting melatah menulis dalam blog sehingga ditertawakan oleh musuh?

Jika dengan memanggil muktamar khas tersebut, Presiden akan tersingkir, dimana pengaruh 'orang itu' dan segala macam kebatilannya akan terus dipertahankan, maka silalah lakukan. Itu akan mempercepatkan kehancuransebuah gerakan Islam.

Maka hati siapakah yang akan puas dan menang dengan kepunahan tersebut?

October 24, 2009 7:56 PM

Anonymous Anonymous said...

Ni sape plak yg sk sgt dok copy paste faisal tehrani si blogger tali barut UMNO ni?? Seigt aku, mamat ni la yg dok desak TGNA ltk jwtn sblm ni dlm blog dia.. Org UMNO sdg mati-matian nk perthnkn puak2 UG..

October 24, 2009 8:21 PM

Anonymous Anonymous said...

Krisis politiking "Elit" PAS ni bukan di bangkitkan oleh Dr. Aziz Bari.Ia sudah lama berlaku tanpa disedari oleh mereka yang tidak mahu peka kepada keperluan ilmu politik dan pentadbiran.

Sebenarnya golongan bawahan parti sudah lama tahu dan sedar hal ini. Lihatlah kepimpinan yang bermula dari cawangan dan seterusnya di sesetengah negeri. Hanya pemimpin yang rapat dengan orang-orang tertentu dan ada rangkaian elit sahaja yang berjaya. Majoritinya adalah golongan yang dikategorikan berlatarbelakangkan pendidikan agama. Golongan professional dan yang bukan dikategorikan ada kelulusan bidang agama hanya sekadar melihat dan mengikuti dari luar kerana sedar mereka tiada kriteria untuk dipilih dalam menjadi ketua. Tapi apakan daya siapalah ahli bawahan yang mahu bersuara.Lainlah kalau TGNA yang bersuara.

"Teori Elit" dan "Game Theory" politikus dalam PAS ni harus di pecahkan. Masing-masing mempertahankan hujah masing-masing menyatakan kesilapan lawan. Pusing memusing fakta dan auta. Golongan UG kata pro Nik Aziz Erdogan dan anai-anai dlm Pas. Golongan satu lagi kata pro UG lah yang anai-anai. Itulah kesudahannya. Bila nak selesai?.Krisis kepimpinan berlaku akibat pengkaderan pemimpin yang lemah. Kita gagal mempersiapkan bakal pemimpin yang berjiwa kental pada prinsip parti, berkarisma, berpandangan jauh dan bijak mengatur halatuju parti untuk faedah kebaikan keseluruhan ahli.

Apa yang diharapkan sekarang. Semua pimpinan harus muhasabah diri dan menilai kelemahan masing-masing dan bukannya menunjukkan ego menceritakan kehebatan masing-masing.

Adakan muktamar yang khas untuk memperkasa parti bukannya untuk menjatuhkan parti. Di sana kita bersidang memberi seribu satu idea tentang keperluan halatuju parti melalui pengalakkan idea (brainstorming)dan setiap maklumat idea yang diberi haruslah dianggap penting. Data dan maklumat dari persidangan ini harus di analisa keberkesannannya dan di buat perbandingan.

Hasil dapatan diatas kita bentangkan dan cari kaedah untuk mengatasinya. Libatkan semua pihak dalam membuat keputusan dan jagan jadi pemimpin "one man show".

Ubatilah dengan bermesyuarah. Kerjasama dalam pimpinan sesama parti adalah lebih baik dari berkerjasama dengan pimpinan lain diluar parti. Marilah kita rungkai krisis ini.

October 24, 2009 8:59 PM

Anonymous Anonymous said...

apa kata dua2 tok guru cipan tu letak jawatan? senang habis cerita

kita kat bawah ni sampai berdarah muka dan badan demi perjuang jemaah dan lindung pemimpin, tp diaorang kat atas sibuk bergaduh tak habis2

g mampos la korang pemimpin pas. meluat la!

October 24, 2009 9:05 PM

Blogger hussin said...

antara dua tok guru itu ada masalah. satu, mursyidul am, yang menduduki organ tertinggi pas. satu, presiden yang mempunyai 'kuasa' eksekutif. lalu apa beza pas dengan organisasi lain? perkembangan sejak dua menjak ini menayangkan episod presidenlah yang berkuasa.

sebab tu, "pertemuan dalam gelap" hanya melibatkan dua tiga kerat pemimpin sahaja. sudah tentu, keputusan presiden. tidak ada kena mengena dengan "dipersetujui oleh majlis syura ulama" sebagaimana yang dinaskan oleh nasha apabila pihak yang ditemui mendedahkan sudah 3 kali bertemu. pada mulanya dinafikan.

penafian dan nas yang digunakan dengan jelas menunjukkan mereka yang terlibat telah melakukan DUA pembohongan. kaedah feqah manakah yang digunapakai bagi menghalalkan pembohongan yang dilakukan? perwakilan pas ke muktamar ke 55 tidak sedikitpun rasa bersalah mengiyakan pembohongan2 itu. pandangan mereka telah digelapkan dengan "kepimpinan ulama tercabar"!

saya minta mana2 pemimpin pas untuk menafikan bahawa tidak berlaku pembohongan2 di atas. atau mungkin anon 7:56 pm ingin mencuba?

justeru, amatlah perlu sekali muktamar khas luar biasa pas diadakan segera. mereka yang berbohong dan bersekongkol dengan pembohong tidak laya untuk mempimpin pas. period.

keputusan untuk mengadakan muktamar khas kini terserah kepada ahli2 pas/cawangan/kawasan. ajk pas pusat mungkin tidak akan mampu untuk mengumpul jumlah yang diperlukan bagi pengusulan. almaklum sahajalah.

ia bukan di bawah bidangkuasa majlis syura ulama untuk menentukan sepertimana dinaskan oleh nasha (http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm). cukuplah sekali dia tipu kalian.

selepas dua tok guru berpeluk2, diistiharkan terkuburnya isu "pertemuan dalam gelap". tanyalah diri kalian masing2, tak perlu nak tanya pada orang lain, bilakah "kerajaan perpaduan" dilontarkan? sebelum atau selepas dua tok guru berpeluk2?

meminta majlis syura ulama mengnyahkan tgna adalah perkara lain. kalau berani, kita settle dulu bab muktamar khas yang disarankan oleh tgna. kalau dah puak ug diberi mandat, silakan majlis syura ulama pecat tgna seperti yang dibangkitkan.

bukalah minda tu, cuba perturunkan idea sendiri bukan menjaja idea orang.

October 24, 2009 9:10 PM

Blogger din said...

aku cuma berikan beberapa contoh yang mana tok guru lebih boleh diterima;

1-TGNA dah 19 tahun berjaya memimpin kerajaan negeri Kelantan.

2-TGHH baru satu penggal pimpin kerajaan negeri Terengganu tapi gagal dalam penggal seterusnya,,

3-sebab apa susah sangat nak buat keputusan untuk terima KPP sebagai sayap PAS?
siapa yang bertanggungjawab untuk putuskan?Presiden atau Mursyidul Am?
Jangan abaikan perkara ini,,besok-besok rakyat bukan muslim pun boring dengan perangai macam ni,,,

October 24, 2009 9:22 PM

Anonymous Anonymous said...

BUAT AHLI UBN....

JANGAN INGAT KAMI AHLI PAS BERPECAH KERANA PERBEZAAN KAMI DALAM ISU INI.

KAMI TETAP DALAM PAS DAN TIDAK BERGANJAK BAGI KAMI UNTUK MEMBENAMKAN UBN PADA MANA-MANA PRU PUN. ADAKAN PILIHANRAYA SEKARANG PUN KAMI TAK GENTAR..KAMI TETAP BERSATU DALAM ORGANISASI WALAUPUN KAMU LIHAT KAMI BERBEZA PENDAPAT.

SAYA PERCAYA BANYAK AHLI UBN YANG MENELUSURI BLOG-BLOG PRO PAKATAN DAN BERSORAK RIANG MENGATAKAN PAS BERPECAH DAN BERMASALAH.

INILAH KEHEBATAN DAN KELEBIHAN PAS. WALAU APAPUN TERJADI KAMI TETAP DALAM ORGANISASI YANG SAMA.

UBN TETAP LAWAN NO 1. TUNGGU....JANGAN BERGUMBIRA SANGAT. BUBARKAN DUN PERAK.

October 24, 2009 9:33 PM

Anonymous Anonymous said...

Aduhh...

Kenapa dibocorkan rahsia ini.

Kita membuat konspirasi seolah-olah memberi gambaran PAS berpecah dan bermasalah. Semua ada peranan.

Ia bagi menggalakkan umno bersikap seolah-olah ia dah pulih dan kuat. Inilah salah satu strategi untuk membolehkan Umno membubarkan Dun Perak. Biarkan mereka ketawa puas-puas dan yakin inilah masanya Dun wajib bubar.

Kenapa kau bocor rahsia anon??????.

October 24, 2009 9:37 PM

Blogger Zaki said...

sapa yang suruh ulamak2 pas mampus tu lah yang akan mampus dulu..... berani tunjuklah muka....jangan dok menyamar dalam anonymous....pengecut nak mampus.

October 24, 2009 9:48 PM

Blogger ~PakKaramu~ said...

Salam,

UMNO buat perimpunan agong sebab nak kemaskan UMNO supaya orang ramai boleh terima UMNO,

MCA buat benda yang sama sebab nak tetukan MCA dapat di terima oleh orang cina

Lepas tu Pas pun nak ikut jejek UMNO dan MCA juga kerana nak bersihkan parti

Apa yang Pak Karamu tidak setuju ialah MUKTAMAR KHAS, apa besar sangatkah dosa duri dalam daging Pas ? Tidak cukupkah dengan peranan majlis Syurao Ulama selesaikan masalah ?

Jika masalah UG yang sudah lama di nyatakan oleh geng Hadi sudah tiada lagi maka apa pasal perkara ini timbul balik, apa lagi yang hendak dikecohkan sangat

Hangpa nak tahu tak kes ni kes apa? kesnys ialah ada puak UMNO yang masih nak jumpa cerita UG tapi tak di layan jadi adala sekor dua orang kita yang suka buat busuk mulut dok cucuk ......... seolah-olahnya PAS akan padam bila-bila masa, lepas tu tunjuk pula bukti berfoto, spatutnya orang ni pancung dulu siapa ? tanyala ................

October 24, 2009 9:49 PM

Anonymous Anonymous said...

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz ialah seorang Alim yg sangat berpengalaman dari segi Ilmu agama dan politik,Beliau tidak akan mengeluarkan sesuatu kenyataan tanpa memikirkan kesanya.Segala kenyataan yg dibuat oleh beliau,bukanlah dari acuman pihak lain,tapi dari akal fikiran beliau sendiri yg mementingkan kesucian islam itu tidak tercemar oleh perbuatan segelintir manusia yg lebih memetingkan kedudukan.Jadi kepada mereka yg iri hati dan tidak senang dgn kenyataan beliau,boleh lah bersama dgn mereka yg sependapat dgn org yg tidak senang dgn beliau dan cara pemerintahan beliau yg adil...semoga ALLAH swt mengampun kan kita atas kejahilan kita.Semoga ALLAH swt memberikan kita hidayat,agar kita dapat kembali diatas landasan sebenar yg berpandukan Al-Quran dan SUNNAH Nabi saw

October 24, 2009 9:55 PM

Anonymous Anonymous said...

Terang lagi bersuluh geng Hassan Ali,Nasha dan beberapa kerat geng Trengganu adalah antara mereka yg PRO kepada UG..Disini lah bermulanya segala masaalah yg timbul sekarang..

October 24, 2009 9:58 PM

Anonymous Anonymous said...

Apa salahnya kita adakan muktamar...duduk bincang.

dengar rintihan rakyat bawahan ni. Itupun kalau rasa kami ni wajar dihargai.

kalau rasa kamu semua pemimpin hebat sangat. Tunjukkanlah keegooan masing-masing. Nak berkuasa sangat.

kami mintak duduk bincang dan ubah kepimpinan demi pemulihan. Itu sahaja.

October 24, 2009 10:06 PM

Anonymous uma said...

wak,
leh slow talk dgn presd
bgtahu
ramai org diluar nak beliau turun tak?hehe

October 24, 2009 10:08 PM

Anonymous Anonymous said...

Semua masaalah org islam dalam dunia ini timbul apabila org islam sudah mula ada cinta pada dunia dalam hati dan takut mati.Maka segala sesuatu dicurahkan pada dunia,dan mereka sedikit demi sedikit mula lupa pada alam akhirat yg kekal.Maka perebutan atas maksud dunia pun bermula,kedudukan dan pangkat di utamakan,maka mereka lupa pada janji kita di alam roh,bila mana ALLAH swt bertanya,siapa ROB kamu,maka kita semua pun menjawap bahawa ALLAH rob kita.Tapi kini kita meletakan kedudukan,kuasa,pangkat dan harta sebagai maksud utama kita.Maka kita pun mula bermusuh dan memusuhi sesama saudara seagama kita.Kita sudah hilang kewarasan dalam befikir,kita menjadikan kuasa matlamat hidup kita,tapi kita lupa bahawa setiap langkah kita,maka kita sedang menuju ke alam kubur.Semakin hari kita semakin hampir.Apakah kita masih sibuk dalam mengejar kekuasaan dan terpedaya dgn tipu dunia?Kita harus muhasabah diri kita dan kembali kepada ajaran islam yg sebenar,iaitu yg berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw.Kita perlu fikir bagaimana seluruh org islam dapat bersatu hati.Oleh kerana bantuan ALLAH swt akan datang kepada umat ini,apabila umat ini bersatu hati.Ingat lah,selagi mana umat ini tidak bersatu,maka selagi itu bantuan yg ditunggu dari ALLAH swt tidak akan datang kepada umat ini.Sejarah telah membuktikan,bagaimana umat yg terdahulu telah bergerak.Mereka bergerak dgn Dakwah dan Jihad.Maka kata IMAM MALIK RAH,umat ini tidak akan dapat disatukan,melainkan umat ini kembali,kembali sebagai umat terdahulu disatukan.Insyallah bantuan ALLAH yg ditunggu tunggu akan tiba,apabila umat ini bersatu dan bergerak dengan DAKWAH dan JIHAD..AMIN

Al-FATANI