Wednesday, May 21, 2008

BN TUMBANG?

Assalamulaikum,

Perkembangan politik semasa menunjukkan jalan cerita yang menarik setelah Dr.Mahathir membuat kejutan dengan mengisytiharkan keluar daripada UMNO. Kita juga saksikan ahli-ahli parlimen BN membuat ikrar untuk taat setia kepada BN. Saya kira ini adalah langkah yang dijangka danb sepatutnya diambil oleh BN untuk menyelamatkan diri.
Apa yang saya baca daripada perkembangan terkini politik negara ialah tidak akan berlaku apa yang digembar gemburkan selama ini iaitu akan melompatnya beberapa ahli parlimen BN kepada PR. Ini adalah kerana menafaat masa pendek yang akan dikecapi oleh ahli parlimen yang melompat nanti terlalu kecil dan terlalu singkat. Kalau berlaku lompatan pun, kerajaan PR mungkin tidak akan dapat ditubuhkan secara tukar pakaian, bermaksud BN melepaskan kuasa mereka dan kemudian menyerahkannya kepada PR kerana jumlah kerusi mereka tidak lagi bersifat majoriti mudah. Tetapi sekiranya undi tidak percaya terhadap mereka berjaya dimenangi, mereka sudah tentu akan membubarkan parlimen dan satu pilihanraya umum baru terpaksa diadakan.
Ledakan tindakan Dr. M ini terus mengubah gelombang politik yang berlaku. Ahli parlimen UMNO dan juga BN sekarang merasakan inilah masanya mereka harus bersatu untuk mengukuhkan kedudukan BN, dan kalau BN tumbang sekarang, mereka akan rugi lebih daripada apa yang boleh dijangkakan. Oleh itu, mengapa perlu rugi yang telah boleh dibayangkan berbanding dengan keuntungan yang tidak menentu lagi?
Tetapi kedudukan UMNO itu terus reput, dan BN akan tumbang apabila tiba masanya. Tetapi masa itu hendaklah masa yang kita aturkan, bukan diatur oleh BN. Saya tetap dengan pendirian bahawa untuk untuk menumbangkan BN ia perlu dikenakan one, two punch. Sekarang ia telah kena left punch to the head, dan tumbukan kedua ialah right hook. Dan dia daptpasti tumbang. Jadi pada pendapat saya tidak ada jalan pintas setakat ini untuk PR mengambil alih kuasa.
Mood rakyat memang semakin kuat mahukan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri. Tetapi jalannya ke sana mestilah jalan yang tiada menimbulkan sebarang pertikian.