Saturday, May 24, 2008

PULAU BATU PUTIH DAN MALAYSIA MATA DIPUTIH

Assalamualaikum,

Keputusan oleh ICJ mengenai tuntutan bertindan Malaysia dan Singapura mengenai Pulau Batu Putih telah pun diketahui, dan pulau tersebut sekarang sah menjadi milik Singapura, mungkin untuk selamanya.
Dari segi lepunyaan hak milik, tidak banyak perubahan yang berlaku, kerana selama ini Singapura telah pun mengisytiharkan ketuanannya terhadap pulau tersebut, dan apa yang cuba dilakukan oleh Malaysia ialah merampasnya kembali.
Tetapi yang lebih penting lagi ialah implikasi keluasan teritory yang kini akan berubah disebabkan berlakunya perubahan kepada status pemilikan ini. Dengan ini wilayah Singapura akan melebar hingga menghampiri Teluk Ramunia di hujung negeri Johor, dan pada masa yang sama juga teritory Malaysia dibahagian ini akan mengecil. Perubahan yang akan berlaku ini akan menjadi satu titik tolak yang sangat penting bagi kedua dua negara, disebabkan apa juga tindakan susulan yang akan berlaku nanti tidak dapat lagi dipertikaikan.
Kalau sekiranya Singapura ingin menambak Pulau Batu Putih ini sehingga ia menjadi lebih luas lagi, maka tindakan seperti ini akan berada di luar bidang kuasa Malaysia untuk menghalangnya, walaupun ketegangan mungkin juga boleh terjadi sekiranya tindakan menambak ini diteruskan.
Yang sukarnya ialah apabila Batuan Tengah menjadi milik Malaysia, dan Tubir Selatan(South Ledge) akan ditentukan tuannya bergantung kepada dalam perairan siapa ia berada, maka ini akan menimbulkan satu ketegangan leher yang juga akan memakan masa yang panjang untuk diselesaikan.
Yang nakditimbulkan disini ialah apabila pemerintahan diberikan kepada kumpulan yang tidak mementingkan ketuanan negara dan ketuanan rakyat, maka inilah yang berlaku. Mula-mula UMNO menyerahkan Singapura secara free kepada orang lain, dan rentetan daripada kesilapan itu, sekarang UMNO telah menggadaikan satu lagi wilayah negara ke pihak lain, dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
Walau pun ada pihak yang mengatakan keputusan ini adalah satu win-win situation, namun apa yang jelas kelihatan ialah ego Malaysia tercalar.
Yang terlepas itu Pulau Batu Putih, dan keadaan ini menjadi Malaysia matanya putih.