Thursday, May 22, 2008

TAHU KENAPA MEREKA NAK PROJEK MEGA?

Asslamulaikum,

Akhbar The Star hari ini melaporkan dalam bahagian Metro bagaimana terdapatnya projek-projek yang tidak berguna, yang tidak diguna dan di manfaatkan dan projek-projek yang terbengkalai bernilai RM 600 juta di Selangor hasil daripada pemborosan kerjaan negeri Selangor sebelum ini.
Kompleks 3C(Children's Creative Centre) bernilai RM 30 juta di Subang Jaya tidak dimanfaatkan. Stadium Shah Alam, bernilai RM350 juta, dibiar kosong dan tidak mampu menarik pengguna, hanya digunakan untuk pertandingan bola sepak 10 kali setahun. Paya Indah Wetland di Dengkil, bernilai RM160 juta, tutup. Perkampungan Exco di seksyen 7 Shah Alam, berharga RM21 juta, tidak dimanfaatkan. Marine park di Kg. Hj. Dorani di Sungai Panjang bernilai RM 21juta, walaupun asalnya bajet diluluskan RM 10 juta, tak berguna dan tak digunakan. Riverside Park, menyusur Sungai Kelang di Selatan Kelang, RM 10 juta, yang juga mengandungi jeti Pengkalan Batu, seskaran ini menjadi batu ditumbuhi rumput sahaja. Canal City, yang kononnya nak menghubungkan Kota Kemuning dan Banting dengan Sungai Langat menggunakan satu terusan, sseolah-olah seperti di Venice, bernilai RM2 bilion, nasib baik tak jadi. Pembangunan Pulau Angsa berhampiran Pulau ketam, bernilai RM 25 juta, ditinggalkan sekerat jalan. Pantai Morib, kerja-kerja membaik pulih, bernilai Rm 100 juta, terbengkalai.
Ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja pembaziran besar-besar yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat BN semasa pemerintahan mereka. Kita pula telah lali sangat dengan gelagat mereka mengisytiharkan projek mega yang bernilai bilion dan ratusan juta RM semata-mata kononya nak membawa pembangunan kepada negara.
Tetapi sebenarnya ialah mereka mahukan setiap projek tersebut membelanjakan wang negara sebanyak yang mungkin kerana dalam setiap projek itu, ada percentage bagi mereka. Lagi besar harga projek, lagi banyak nilai percentage yang boleh dipoket. Sebab itulah rakyat tidak dapat mengecap kemewahan negara dengan lebih berkesan lagi kerana kemewahan tersebut bocor dan dilarikan ke poket mereka.
Sampai bila rakyat nak menanggung kesegsaraan disebabkan kegelojohan mereka?