Friday, May 23, 2008

EZAM MASUK UMNO & PENGAJARAN HUNAIN

Assalamulaikum,

Ahbar melaporkan YB Wan Azizah tekejut apabila mendapat tahu bahawa Ezam telah masuk UMNO semula, sementara YB Tian Chua kesal dengan tindakan itu. Bagi sahabat-sahabat yang menghayati perjuangan Islam, peristiwa ini penting kita kaitkan dengan sejarah perjalanan Islam yang terdahulu. Apabila perjuangan itu menjadikan kebendaan sebagai matlamat, maka perpindahan semula orang ini ke lubuk asalnya hanyalah satu perlakuan menyalin pakaian sahaja, tanpa ada sebarang asas filosof atau roh perjuangan Islam.
Sejarah Perang Hunain yang disertai oleh Rasulullah s.a.w. memberi kita pengajaran yang penting dalam suasana seperti ini. Setelah perang tersebut dimenangi, Rasulullah telah melakukan pembahagian ghanimah (harta rampasan perang). Harta tersebut dibahagi kepada lima bahagian, dan yang seperlima dibahagikan kepada mereka yang dulunya, semasa mereka belum Islam, adalah yang paling kuat menentang Islam.
Seratus ekor unta diberikan masing-masisng kepada Abu Sufian dan anaknya Mu'awiya , Harith bin Al-Harith bin Kalada, Harith bin Hasyim, Suhail bin 'Amr, Huwaitib bin Abdul 'Uzza, juga kepada bangsawan-bansawan dan beberapa pemuka kabilah yang telah mula lunak hati merekaa setelah pembebasan Makkah.
Yang mempunyai status sosial lebih rendah diberikan lima puluh ekor unta. Jumlah mereka yang mendapat durian runtuh ini mencecah puluhan orang.
Dikalangan sahabat dari golongan Anshar ada yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pembahagian sebegini kerana ternyata kelihatan seperti Rasulullah lebih mengutamakan kaumnya berbanding dengan kaum Anshar dari Madina. Bisik-bisik ini akhirnya sampai juga ke pengetahuan Rasulullah s.a.w.
Dengan itu, Rasulullah telah berkhutbah kepada golongan Anshar ini:
Bukankah kamu dalam kesesatan ketika aku datang lalu Allah membimbing kamu? Kamu dalam kesengsaraan lalu Allah memberi kelesaan kepada kamu, kamu dalam permusuhan, lalu Allah menyatukan kamu?
Saudara saudara Anshar! adakah juga sekelumit rasa keduniaan itu ada dalam hati kamu? Dengan itu (pembahagian ghanimah) aku telah memenangi hati satu golongan supaya mereka sudi menerima Islam, sedangkan terhadap keIslamanmu aku tidak ragu lagi. Tidakkah kamu rela, saudara-saudar Anshar, apabila orang-orang itu pergi membawa kambing dan unta, sedang kamu pulang membawa Rasulullah s.a.w. ke tempat kamu?
Jadi, bagi mereka yang mengutamakan kambing, lembu dan kerbau, biarlah mereka bersama dengan kumpulan tersebut. Bagi mereka yang berusaha mencari mirdhatillah, teruslah dalam perjuangan.