Wednesday, May 21, 2008

MENTERI BESAR KELANTAN ORANG CINA

Assalamualaikum
Akhbar melaporkan bahawa menteri besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz menyatakan bahawa dia tidak ada masalah sekiranya orang Cina menjadi menteri besar Kelantan. Apa yang cuba ditonjolkan oleh akhbar ialah seolah mereka ingin mesensasikan perkara ini, yang mana ia pernah disebut sebelum ini samada secara verbatim atau secara implicit.
Sebenarnya tidak ada apa masalah kalau apa bangsa pun menerajui kepimpinan negeri asalkan semua syarat yang ditentukan oleh perlembagaan parti dan perlembagaan negeri dipenuhi serta mendapat restu daripada baginda sultan.
Tiada sebarang kejutan.