Assalamualaikum,
Kalau kita baca komentar yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri mengenai laporan suruhanjaya diraja mengenai pita Lingam, kita akan segera merasa kekecewaan, kerana nada ulasan yang beliau berikan menunjukkan kecenderungan untuk membuat pendakwaan adalah rendah sekali.
Kata beliau: “Ia (cadangan tindakan ke atas individu terlibat) merupakan cadangan daripada suruhanjaya dan bila kita sudah tubuhkan suruhanjaya dan buat laporan, (maka) amat sukar untuk kita tidak dedahkan laporan kepada khalayak serta untuk kita tidak menerima syor-syornya.“Bagaimanapun, ini tidak bererti sama sekali akan berlaku pendakwaan ataupun ada kes tertentu,”
Seperti yang kita duga mengenai amalan BN ini, mereka akan cuba menyorokkan kebobrokan yang dilakukan oleh puak mereka berbanding apa yang dihasratkan oleh rakyat. Sekiranya suruhanjaya tersebut telah pun membuat cadangan, maka hnedaklah cadangan tersebut dilaksanakan. Tidak ada apa gunanya kalau suruhanjaya yang telah dilantik dengan menggunakan wang negera dan wang rakyat mencadangkan sesuatu tetapi cadangan tersebut hanya kekal pada kertas laporan itu sahaja. Di sinilah kredibiliti pemimpin BN dipersoalkan.
Sekiranya suruahan jaya tersebut mencadangkan pendakwaan dibuat, dan kerajaan mengarahakan pendakwaan , tetapi dalam perbicaraan mahkamah mendapati mereka yang di dakwa itu tidak boleh dijatuhkan apa-apa hukuman, maka ini akan memuaskan hati semua pihak disamping meletakkan kredibiliti kerajaan di satu kedudukan yang tinggi dan kukuh.
Tetapi sekiranya pendakwaan langsung tidak mahudilakukan, dengan memberi seribu alasan, maka jelaslah kedudukan kerajaan adalah sangat lekeh, dan akan terus diperlekehkan dalam apa jua isu yang timbul nanti. Oleh itu, dalamapa pertimbangan percaturan politik pun, kerajaan BN mahu tidak mahu terpaksa membuat pendakwaan kepada mereka yang telah dinamakan dalam siasatan suruhanjaya diraja mengenai pita Lingam ini.
Kita sama-sama saksikan samada mereka bertindak se gah yang mereka degarkan.