Tuesday, May 20, 2008

PARLIMEN BUBAR?

Assalamulaikum,

Lanjutan daripada pengumuman keluarnya Dr.Mahathir daripada UMNO, maka maka ada menteri BN memberi amaran untuk bersiap sedia bagi kemungkinan berlakunya pembubaran parlimen dan diikuti oleh pelihan raya umum sekali lagi.
Senario ini mempunyai kemungkinan untukberlaku, tetapi kemungkinannya kecil sekali. Memang kalau sekiranya ada ahli parlimen yang mengikut jejak langkah Dr.M, dan keluar dari UMNO dalam jumlah yang ramai, parlimen mungkin dibubarkan.
Begitu juga sekiranya benar berlaku seperti yang diura-urakan bahawa 30 ahli parlimen BN akan melompat ke pangkuan PR, maka parlimen juga mungkin dibubarkan. Tetapi dalam suasana sekarang ini, saya tidak jangka parlimen akan dibubarkan.
Sebab utama ialah sekiranya berlaku keluar daripada UMNO secara beramai ramai oleh ahli parlimen BN dan parlimen dibubarkan, ini akan memberi peluang yang luas kepada PR untuk memenangi pilihanraya umum secara mutlak dan menggantikan BN sebagai kerajaan. Dalam keadaan politik sekarang, kita telah terhidu bau keinginan rakyat Malaysia untuk melihat Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri Malaysia. perkara ini juga dapat dihidu oleh BN. Sekiranya ahli parlimen BN meninggalkan UMNO, dan kemudian BN kalah dalam pilihan raya umum, maka ahli ahli parlimen tersebut akan kehilangan segala galanya, dan terpaksa pula berhadapan dengan PR pada kali ini sebagai the vanquished. Ini tidak menyelerakan mereka.
Pada pandangan saya, ahli ahli parlimen BN sekarang akan mempertahankan keutuhan team yang memerintah sekarang sehinggalah penggal mereka tamat. Kalau Dr. M keluar UMNO, biarlah dia sendiri yang keluar, dan mungkin akan diikuti oleh beberapa kerat pengikut setianya, tetapi kebanyakan ahli UMNO dan ahli parlimen UMNO akan tetap dengan kedudukan selesa mereka.
Oleh itu, kemungkinan parlimen dibubar ekoran daripada tindakan Dr. M ini adalahsangat kecil sekali. Yang bubar ialah Dr. M sendirian.