Pernah anda ikuti perbicaraan kes seorang pelajar perempuan IPTA yang NCnya bermisai tebal. Pelajar ini mati kerana perlakuan seks yang kasar. Yang dituduh membunuh dibebaskan oleh mahkamah. Cerita lanjut saya tak mau sentuh sebab you know the rest of the story......
Yang saya nak sentuh ialah komen dari bapa tertuduh yang telah dibebaskan. Dia berzina aje, bukan membunuh..... nada suara tersebut jelas menunjukkan bahawa yang menuturkan itu memandang ringan tentang perlakuan zina. Inilah gambaran yang berlaku sekarang dalam masyarakat Islam di Malaysia. Sebab itulah di Selangor sahaja, beribu ribu anak haram dilahirkan dalam satu tahun.
Kalau seseorang itu telah biasa berzina, dan telah berkali kali mengulanginya, maka pada kebiasaannya tidak menjadi hal kalau ia mengakui perbuatannya itu. Kadang kala menjadi kebanggaan pula apabila perlakuan itu dijadikan bahan perbualan. Anda ingat saksi penting yang perempuan padaperbicaraan DSAI dalam liwat 1? Dia terlibat dengan satu lagi perbicaraan lain, dan dalam perbicaraan yang ini, saksi mengaku berzina dengan dia. Si dia ni buat selamba aje.
Jadi ramai dalam masyarakat kita telah memandang biasa perlakuan zina ini. Tetapi sekiranya orang yang diberi keprcayaan memimpin, terlibat dan mengaku secara terang terangan, maka suatu tindakan tegas hendaklah dikenakan agar perlakuan hodoh ini dicantas segera. Perihal dua orang ahli PKR yang mengaku berzina kononnya kerana diperangkap adalah sesuatu yang amat memalukan dan menjijikkan. Bahana perlakuan hodoh ini bukan sahaja kena pada PKR tetapi juga semua komponen PR termasuk PAS.
Kalau menteri menteri BN diperangkap kerana perlakuan seks, maka itu kita boleh faham, tetapi kalau orang penting dalam PR sendiri juga berperungkap sama seperti mereka yang dalam BN, maka PR juga kena sembelih mereka ini.
Saya khuatir, kisah mereka yang kononnya kena perangkap ini bukanlah satu tahi lalat menandakan keunikan, tetapi satu kurap yang menggerutu seluruh badan PKR.