Friday, September 26, 2008

MENCARI SEORANG SALEHUDDIN

Assalamualaiukum,


Hari ini ialah hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan ini. Kalau anda masih ingat, atau kalau anda pernah tahu, Almarhum Imam Khomeini telah mengisytiharkan hari Jumaat terakhir pada setiap Ramadhan sebagai hari Al Quds. Bermakna hari ini adalah menjadi asas atau titik tolak bagi umat Islam sedunia membebaskan semula Al Quds. Saya msish ingat lagi kata kata beliau: we'll march together to liberate Al Quds.
Telah 41 tahun Al Quds tawan oleh Yahudi, dan belum lagi nampak tanda tanda ia akan dibebaskan dari cengkaman mereka. Saya pernah berbual dengan seorang yang telah dapat sembahyang di masjid Aqsa lima enam tahun yang lepas dan dia memberi tahu keadaan dalam masjid tersebut adalah daif. Karpet tak terurus, kebersihan tidak terjaga kerana keadaan yang tidak menentu.
Semasa Al Quds ditawan oleh puak Keristian dahulu slama 16 tahun, bangkit seorang Salehuddin, Sultan Salehuddin Al Ayubbi yang menggerakkan jihad diseluruh takluk jajahan Islam dan semua jentera Islam untuk bangkit dan mengusir puak yang telah menawan Al Quds. Mereka telah berjaya.
Semasa saya membuat PhD, teman sejabatan saya dari East Bank, Palestine, bernama Kayed Al Sabha, yang telah terpisah dengan keluarganya semasa perang Arab-Israel 1967 kerana semasa tercetus perang beliau berada di Jordan, memberi tahu saya bahawa apabila tentera Israel menawan Palestine, seorang jeneral Yahudi telah mencari kubur Salehuddin dan kemudian menyepak nesannya, sambil berkata sekarang kami telah tawan Al Quds, apa kau boleh buat?
Bukan sahaja rakyat Paletine berduka, tapi kita semua, seluruh umat Islam di dunia terus menerus dilanda kemurungan dan kedukaan kerana terlepasnya Al Quds. Bilakah akan bangkit seorang salehuddin yang akan membebaskan Al Quds?
Yang ada ialah Salehuddin Hashim dan Salehuddin Ayob.