Kan dulu semasa pemerintahan Tun Mahathir, apabila satu idea dilontar oleh beliau, maka terpesonalah seluruh negara, terhenti semua kenderaan, tercengang burung yang terbang, terbeku air yang mengalir, tercegat mega tanpa berarak.
Sebagai contoh, apabila Tun kata 2020, maka seluruh negara pun menzikirkannya 2020, 2020, 2020,2020.............Apabila Tun kata proton, maka gegaklah seluruh negara berzikir proton,proton,proton,proton............ Apabila Tun kata Soros penyangak, maka seluruh negera gempita dengan zikir soros penyangak, soros penyangak, soros penyangak, soros penyangak..........Apabila Tun kata haprak, maka gamatlah satu Malaysia dengan zikir haprak,haprak,haprak,haprak......... Dan senarai ini anda boleh tambah sendiri.
Tetapi dua tiga hari lepas, Tun kata Tambat sekali lagi Ringgit. Kali ini air liur Tun tidak masin lagi. Kata kata Tun tidak lagi bermaqam titah, hanya seqadar seperti bermadah. Orang yang dengar pun pandang endah tidak endah. Keajaiban Tun telah luntur, macam pakaian terlebih clorox sampaikan lecur. Menteri kewangan baru yang dulunya Tun punya prodigy yang blue-eyed kata Ringgit tidak perlu ditambat!
Biasanya Tun, yang ditambat ialah ternakan. Sekiranya Tun menambat nanti, jaga, jangan terkena tahinya.