Monday, September 22, 2008

KONONNYA PENGAMAL DEMOKRASI, TETAPI PENGUNCI DEMOKRASI

Assalamualaikum,



Telah sekian kalinya ceramah dan perhimpunan aman yang dianjurkan oleh PAS dan parti pembangkang yang lain diganggu dan digugat oleh pihak berkuasa. Harakahdaily melaporkan polis menangkap dan mendesak agar ceramah memperingati Badar Al-Qubra' anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang di Dewan Putra Merdeka, Butterworth dihentikan semalam dianggap satu kebiadapan .......
Ini bukanlah kali pertama perkara seperti ini dilakukan, tetapi mereka yang mengaku mengamalkan demokrasi, dan diangkat kononnya melalui proses demokrasi, tidak mahu demokrasi tersebut diamalkan dalam bentuknya yang betul. Mereka hanya mahu demokrasi itu untuk mengesahkan cengkaman mereka kepada kuasa, selepas itu dicapai, orang lain tidak dibenarkan membuat perkara yang dibenarkan oleh demokrasi.
Kita sering dengar, kalau parti pembangkang ingin menggunakan kemudahan negera, seperti sebuah sekolah, maka ia akan dihalang sekeras kerasnya. Jangan harap parti pembangkang boleh menggunakan dewan sekolah untuk menyuarat parti, atau sebarang aktiviti, ia pasti dihalang. Tetapi kalau UMNO dan kerabat BN yang lain menggunakannya boleh. Mana demokrasi yang mereka laungkan.
Selalu kita dengar pihak PPD melarang menjemput Yang Berhormat dari part PAS atau parti pembangkang lain,untuk sebarang aktiviti sekolah, kerana ini bertentangan dengan polisi, tetapi kalau YB UMNO/BN bisa saja. Hatta di negeri negeri yang dikuasi oleh PR pun, sekatan yang sedemikian terus berkuat kuasa.
Kalau dikampung pula, jangan harap PAS dapat gunakan balairaya untuk sebarang aktiviti, kerana ini dilarang samasekali. Jadi yang memakmurkan balairaya dikampung kampung ialah kambing yang bermesyuarat, ayam yang buat parti direct selling dan kucing yang buat pesta mengawan. Inilah demokrasi yang diamalkan oleh UMNO/BN.
Kalau dibuat tempahan sebarang kemudahan negara pula, maka tempahan tidak diterima. Kalau diterima, ha.....jaga....... tempahan dibatlkan last minute. Pernah saya cuba buat tempahan dewan dari satu kemudahan badan berkanun, saya diberi tahu oleh pegawai yang mengambil tempahan tersebut, kalau mana mana ahli politik pembangkang hadhir, pegawai tersebut akan dibuang kerja!!! jadi dia tidak berani meluluskan permohonani.
Bukankah demokrasi itu satu wadah yang melayan perbezaan pendapat? Kalau ada aktiviti yang anda tidak setuju, tetapi tidak ada suatu apa pun dari aktiviti tersebut yang melanggar undang undang, maka aktiviti tersebut mengikut nas demokrasi hendkalah dibenarkan.
Begitu juga permohonan untuk mendapatkan permit. Kalau semua syarat telah dipenuhi, dan tiada apa apa perkara yang boleh dijadikan alasan kuat untuk menghalang aktiviti tersebut, maka permit hendaklah diberi. Itulah dia fatwa demokrasi. Mengapa mereka melangar fatwa dan nas demokrasi yang mereka sendiri anuti dan anuti?
Hentikanlah membuat perlakuan jijik seperti ini kerana ia akan menambahkan aib negara, bukan aib parti pembangkang. Sebab Malaysia akan sentiasa dilihat sebagai negara kuku besi tetapi memakai topeng demokrasi.
Tetapi UMNO/BN seronok melihat demokrasi dihina sedemikian.