Saya ingin mengucapkan ta'ziah kepada keluarga yang terbunuh dan kepada mangsa yang cedera serta keluarga mereka atas musibah yang menimpa dalam kes pengeboman Hotel Marriot di Pakistan.
Sesungguhnya semua insan mengutuk tindakan seperti ini kerana ia jelas bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan sejagat. Apatah lagi ia dilakukan di bulan Ramadhan.
Walau apa pun ideologi perjuangan yang digunapakai, dan apa jua uslub perjuangan yang diambil, tindakan seperti ini adalah salah, serta merugikan umat Islam dan mentashihkan lagi pandangan mereka yang anti Islam terhadap Islam.
Semuga kita tidak bersama dengan aliran pemikiran yang sedemikian.