Sunday, September 21, 2008

MELAKA PERLUKAN HUTAN



Assalamualaikum,






Saya harap juga seperti yang saya tulis sebelum ini, telahan ini akhirnya salah. Apa yang ingin saya katakan ialah hujan dijangkakan turun pada bila-bila sama sekarang ini sehinggalah akhir musim peralihannya. Dan Melaka mungkin juga akan menerima hujan, dan mungkin juga dalam kuantiti yang banyak.






Awal Ramadahan dulu beberapa tempat di Melaka Tengah telah pun dinaikki air, walaupun tidak untuk jangka masa yang berhari hari, namun rakyat di tempat tempat yang berkenaan telah merasa jerannya. Tempat-tempat seperti Ayer Molek dan Tehel telah kena banjir, dan dijangkakan akan lagi ditenggelami air dalam masa terdekat ini.






Dalam episod yang terbaru ini, pihak berkuasa mengatakan bahawa air laut pasang tinggi adalah penyebab kepada banjir di kawasan berkenaan. Ok la. Tetapi, air laut telah pasang dan surut sejak berabad yang lepas, tetapi tempat tempat ini tidak pun kena banjir. Tentu ada faktor yang lain menyebabkan banjir di sana.






Sebabnya ialah proses hidrologi yang dirobek robek oleh pembangunan di Kawasan ini. Pembangunan yang berlaku disekitar Bukit Katil, seperti kawasan kediaman Ozana, adalah penyumbang kepada gangguan proses proses hidrologi ini. Begitu juga pembangunan di kawasan Gapam, yang dulunya kawasan terbiar, tetapi sekarang telah mengalami penggondolan tumbuhan yang luas. Juga kawasan seperti Pengkalan Badak, yang dulunya kawasan paya hutan gelam ,sekarang sedang dimajukan untuk tujuan perumahan.








Begitu juga kawasan Bemban, Ayer Panas dan estet getah di sekitarnya telah dimajukan dengan pelbagai projek. Kita boleh lihat juga kawasan Tiang Dua, Bukit Gong, Seberang Anak Ayer dan kawasan sekitarnya telah mengalami penanggalan tumbuhan yang hebat. Sila liht imej di bawah:









Imej tersebut menunjukkan penggondolan kawasan yang dulunya mempunyai tumbuhan, tetapi sekarang telah menjadi kawasan yang botak. Inilah yang menyebabkan berlakunya banjir setiap kali hujan lebat di Melaka.

Melaka telah menjahanamkan terlalu banyak kawasan hutan, yang menyebabkan negeri itu sekarang terlalu miskin dengan hutan. Kalau sekiranya hutan ini tidak diberi peluang untuk memainkan peranannya yang asli, maka Melaka perlu membelanjakan ratusan juga RM untuk mengatasinya.

Oleh itu, Melaka perlu membiarkan kawasan kawasan penting dari segi hidrologi ditumbuhi oleh hutan semula. Jangan sahaja bukit di Bukit Katil diizin ada sedikit hutan, tetapi wujudkan banyak lagi kawasan hutan yang baru. Janganlah asyik nak menjahamkan hutan kerana fulus.

Kasihanlah pada penduduk Kampung Tehel. Walaupun tiap kali hujan lebat, tetapi tiap kali pilihan raya mereka pangkah BN. Tapi tak hapek pun dengan kesengsaraan mereka.