Sunday, September 21, 2008

SEKIRANYA ANWAR BERHARI RAYA DALAM PENJARA

Assalamualaikum,



Sekiranya parlimen tidak bersidang pada 23 September ini, maka saya berpendapat peluang adalah sangat cerah untuk Anwar Ibrahim menyambut hari raya di dalam penjara. Tetapi sidang parlimen tidak boleh tidak diadakan. Apabila sidang parlimen tersebut diadakan juga akhirnya, maka kit akan saksi satu senario yang menarik.
Siapakah yang akan menjadi ketua pembangkang sekiranya persidangan parlimen tidak dapat dihadhiri oleh Anwar? Saya kira tentunya ahli parlimen dari PKR. Azmin Ali ke?
Saya rasa dalam persidangan tersebut, usul tidak percaya kepada BN akan dibawa. Kalau tidak ada yang belot daripada senarai yang dikatakan wujud itu, saya rasa Malaysia akan menyaksikan satu landskap politik yang baru.
Untuk mengelakkan ketegangan kaum, yang membawa usul tersebut hendaklah orang Melayu. Sebab kalau bukan Melayu, UMNO akan gunakan ia untuk meniupkan api ketegangan perkauman.
Bagi kita rakyat marhaen, stay calm